بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

  1. Siapakah Pendeta Za'ba?
  2. Maksud pendeta
  3. Pantun Pendeta
  4. Apakah maksud mengkuang?

Siapakah Pendeta Za'ba? 

Rujuk wikipedia: Zainal Abidin Ahmad untuk maklumat asas. Atau untuk versi English, rujuk wikipedia (en): Zainal Abidin Ahmad (writer) .

 

gambar mercu tanda Za'ba - papan tanda ke Bahau dan Gemas pada tahun 2011 - Jempol - Serting - Negeri Sembilan
Mercu tanda Za'ba di Simpang Keratong

Rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Negeri Sembilan khususnya kena kenali siapa dia Za'ba ni. Betapa banyaknya jasa dia kepada negara.

<top>


Maksud pendeta

Tedi tertanya-tanya apakah maksud "pendeta"? Kenapa gelaran tersebut diberikan kepada Za'ba?

Ini adalah maksud perkataan "pendeta" dan beberapa contoh ayat menurut Kamus Dewan Edisi Keempat.

  1. pendeta
    1. orang yang banyak ilmu (pandai-pandai);
      1. sinonim: pujangga, ilmuwan, ilmiawan, sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, mahaguru, profesor, pakar, ahli, bijak pandai,
    2. ulama agama Hindu (Kris­tian dan lain-lain);
      1. sinonim: sami, paderi, paus, biarawan, biarawati, boksu, maharesi,
    3. orang yang bertapa (dalam cerita-cerita lama);
      1. sinonim: pertapa, wiku, biku, biksu, biksumi
  2. kependetaan
    1. sebagai seorang pendeta:
      1. Contoh ayat kependetaan: Mereka lebih mengutamakan hidup kependetaan.
    2. darjah kebijaksanaan pendeta:
      1. Contoh ayat kependetaan: Rangkap-rangkap yang manakah yang buruk baiknya perlu dinilai oleh pendeta mengikut kependetaannya.

Patutlah Tedi pernah mendengar ungkapan "bijak macam pendeta".

<top>


Pantun Pendeta

Pantun Melayu SARAWAK dengan tema berkait:

Serindit turun bersarang di lembah,
   Sang Pendeta dalam hikayat;
Seribu tahun tidak berubah,
   Sanggupkah menderita sepanjang hayat?

 

Pantun Melayu SARAWAK dengan tema nasihat:

Pengat pisang kesukaan beta,
   Acar timun dengan mengkuang;
Ingatlah pesan para pendeta,
   Belajar jangan alang kepalang.

Erm... pelik benar rangkap pertama dan kedua tu, ada pengat pisang, acar timun dan mengkuang. Pengat pisang dan acar timun tu nama makanan, tapi kenapa tiba-tiba ada mengkuang? Jika ikut kelaziman dalam pantun, ia bermaksud mengkuang itu sejenis makanan juga kerana duduk sebaris dengan pengat pisang dan acar timun, tapi setahu Tedi, mengkuang ni bukan sejenis makanan sebaliknya adalah sejenis tumbuhan macam daun pandan raksasa berduri yang boleh dijumpai di tepi sungai dan orang anyam daun mengkuang ni untuk dijadikan tikar mengkuang.

Nantilah Tedi buat satu kiriman untuk merungkai apa itu mengkuang?

Pantun daripada Kurik Kundi Merah Saga bertemakan Kasih Sayang/Cinta

Yam Tuan Raja Maktabar,
   Sheikh Idrus datuk pendeta;
Adakah tuan mendengar khabar?
   Saya yang kurus menanggung cinta.

<top>


Apakah maksud mengkuang?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kepada perkataan "mengkuang" adalah:

  • Sejenis tumbuhan (pokok yan g daunnya boleh dibuat tikar dan lain-lain), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus;
  • Pandan bunga = pandan perah
    • sejenis tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus;
  • Pandan hutan
    • sejenis tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii;
  • Pandan laut = pandan duri
    • sejenis tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius;
  • Pandan tikus
    • sejenis tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus.

~20110905~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih