Alah, cikgu besar Pogy bagi keje rumah lagi.
Kali ni dia mahu kami terangkan maksud peribahasa "Besar periuk, besarlah keraknya."
Kawan2 Tedi semua Bing.comjer maksud peribahasa itu sesuai dengan kemodenan negara.
Tapi Tedi memilih untuk tanya Master. Nak Bing.com pun takleh sebab Mommy culik tab Tedi.
"Master"
"Apa ke he nye yob?"
Sejak bila lak Master jadi orang Perak?
Bendera Negeri Perak |
"Apa maksud peribahasa 'Besar periuk, besarlah keraknya'?", soal Tedi dengan tulus ikhlas.
"Maksudnya semakin kita berduit, semakin banyak kita belanja."
"Itu jer?", seperti biasa Tedi tak berpuas hati dengan jawapan Master.
"Secara rasminya, yup."
"Kalau tak rasmi?"
"Erm, Master ada pendapat lain, yang tak rasmi, suka2 jer."
Menarik ni, Master ni kalau dengar dia mengarut, ok juga. Lagi okay la daripada membaca Norman KRU mengarut pasal industri kreatif Malaysia, mengalahkan Rais Yatim.
"Ok, sila bentangkan idea Master tu, Tedi nak dengar."
"Ewah, macam bos lak kau ni."
"Banyak cakap lak Master ni, bentangkan je lah.", bentak Tedi.
Master diam sebentar. Kemudian mencapai gelas air di meja dan meneguk kopi yang sudah lama dingin. Kedinginan kopi itu tampak memberikannya satu kepuasan. Tedi tenung dan tenung juga manalah tahu jika kopi yang Master minum itu adalah kopi luwak. Kalau betul kopi luwak
"Begini. Idea ini Master dapat apabila fikirkan orang Melayu zaman dulukala bijak pandai. Kita sahaja mungkin terlepas pandang atau terlalu memandang rendah mereka."
Master berhenti sejenak sebelum menyambung kata.
"Dalam peribahasa itu kita sering nampak 2 pemalar iaitu saiz periuk dan saiz kerak."
Kerak nasi = perbelanjaan ??? |
Tedi dah mula confuse. Tak mengapalah, Tedi dengar dulu.
"Ada pemalar lain kah, Master?", celah Tedi.
"Kita lupa yang ketiga iaitu bahan yang dimasak contohnya nasi."
"Kalau kita ambil kira nasi yang dimasak tu, ada kesan ka?"
Master merenung siling seolah-olah jawapan kepada soalan Tedi ada di sana.
"Yup, ada. Jika kita ambil kira nasi yang dimasak, kita terjemahkan sebagai pendapatan, kita akan dapati nasi itu walau kurang atau banyak, keraknya tetap sama banyak, ikut saiz periuk, nah di sinilah kita boleh nampak maksud sebenar peribahasa ini."
Nasi = pendapatan ??? |
Apa ni? Sama je maksudnya dengan yang tadi.
"Jika nasi kita umpamakan sebagai pendapatan. Kerak sebagai perbelanjaan. Periuk bolehlah dianggap sebagai gaya hidup kita."
"Jadi?"
"Jadi maksud peribahasa itu mungkin semakin bermewahan gaya hidup kita, semakin banyak kita belanja. Bukannya semakin besar pendapatan kita, semakin banyak kita belanja."
"Owh. Pendapatan (nasi) tak berkadar terus dengan perbelanjaan (kerak)?"
"Berkadar terus juga, tapi tak semestinya. Kita ambil contoh, seorang yang guna periuk besar, nasi yang dimasaknya banyak, belanjanya banyak, maksudnya dia kaya dengan gaya hidup mewah jadi belanjanya banyak."
"Kalau miskin, dia guna periuk kecik la?"
Periuk = gaya hidup ??? |
"Itulah yang kita silap. Kaya miskin dalam peribahasa ini bukan diwakili oleh periuk, tapi nasi itu. Kalau dia guna periuk kecil tapi nasi yang dimasak banyak, maksudnya dia kaya tapi berjimat dan belanjanya kecil sebab kerak dalam periuk kecil takkan jadi banyak kalau periuknya kecil walau sebanyak mana nasinya!", tegas Master.
Aduh, pening Tedi. Mendalam sungguh maksud peribahasa ni kalau dikaji. Betullah agaknya kata Master bahawa orang zaman dulukala punyai kecerdasan yang kita terlepas pandang.
Maka, kalau kita nak masak nasi sikit je, gunakanlah periuk kecil supaya keraknya tak banyak. Berbelanja sesuai dengan pendapatan, bukan ikut gaya hidup.
Apa2 pun kawan2, ini pendapat peribadi Master berkenaan peribahasa besar periuk besar keraknya atau besar periuk besarlah keraknya, jangan gunakannya sebagai jawapan dalam kerja rumah anda.
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.