بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Temani Master di pejabat sambil tolong dia buat kerja
Hari ni Tedi temankan Master di pejabat dia.
Tedi ikut Master sebab Mommy pergi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk hantar adik dia.
Adik Mommy daftar matrikulasi ekonomi di sana.
Master duk pulun dengan kerja-kerja dia. Dia pun minta tolong Tedi.
Tedi jadi scanner, cari semua maklumat yang relevan dengan kerja Master.
Apakah itu scanner?
Scanner ini maksudnya pengimbas.
Mengimbas bermaksud membaca dengan cepat cukup sekadar untuk dapatkan maklumat. Perlu dibaca dengan laju kerana nak dapatkan maklumat sebanyak mungkin dalam masa yang singkat.
Manakala kerja alat yang diberi nama scanner pula adalah untuk merakam dan salin sesuatu gambar atau teks atas kertas dan ditukar kepada bentuk elektronik (digital) supaya kita boleh gunakan bahan yang diimbas itu dalam komputer atau peralatan elekronik yang seumpamanya.
Alat scanner ini samalah seperti mesin fotostat tapi jika mesin fotostat salin gambar dari kertas ke kertas, mesin scanner pula salin gambar dari kertas ke bentuk digital.
Inilah rupanya apabila Tedi dalam scanner mode. Macam cerita Matrix tak. |
Siapa kata kerja depan komputer tak penat? Stress pun ada!
Wah, penat juga kerja Master ni, nak kena baca banyak material.
Lepas tu kena putuskan bahan mana yang boleh digunakan.
Lepas tu nak kena cuba pula sama ada material yang digunakan itu boleh berfungsi atau tidak.
Kalau tak jalan? Ulanglah semua proses tu semula. Pening kepala Tedi macam ni.
~20130530~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.