Topik hari ini adalah mengenai simpulan bahasa "Pisau Cukur" yang bermaksud "seseorang yang mengikis harta orang lain".
Perbincangan pagi ni disusuli dengan panggilan telefon seorang pendengar yang menceritakan kisahnya.
Kemudian DJ bertugas komen, "Ini bukan pisau cukur, tapi pisau pemotong daging!".
Kawan-kawannya yang lain pun mengiyakan.
Pisau cukur zaman dulukala, diasah menggunakan kulit. Keris Pusakaku: Pisau Cukur Sumbing |
Kenapalah orang Melayu zaman sekarang suka sangat perlekeh orang Melayu zaman dulu?
Tak terfikirkah orang zaman dulu pun kenal juga pisau pemotong daging, tapi kenapa mereka guna "Pisau Cukur"?
Kecil tak semestinya tak hebat
Pisau pemotong daging tugasnya memotong daging. Daging selalunya dipotong besar-besar, tidak dihiris halus-halus atau nipis-nipis dan hasilnya akan ada banyak daging tersisa. Itu bukanlah suatu masalah kerana memang tujuannya hanya untuk potong daging.
Orang Jepun pula sebagai contoh apabila nak hiris ikan nipis-nipis akan menggunakan pisau khas untuk menghiris, mereka tak akan gunakan pisau pemotong untuk pancung kepala ikan tu!
Dah nampak maksud Tedi?
Pisau pemotong daging. Asam Garam 2 Puteri: Jenis-jenis Pisau, Perbezaannya dan Tips pilih pisau yang tepat |
Orang zaman dulukala guna Pisau Cukur sebagai simpulan bahasa
Kenapa orang Melayu pada zaman dahulu memilih untuk gunakan istilah "pisau cukur" sebagai simpulan bahasa dan bukannya pisau pemotong daging seperti yang diperkatakan dan diiyakan oleh para juruhebah radio tersebut?
Ini adalah kerana keistimewaan pada pisau cukur seperti:
- pisau ni boleh cukur sehingga licin, tak bersisa walaupun hanya bulu yang halus. Itulah dia, "kikis harta orang sampai licin" menampakkan betapa kejinya si pelaku ni. Nak buat macam mana? Dah tu kerja dia.
- Untuk mencukur pula tak perlu guna pisau besar tapi yang penting mestilah tajam. Kenapa? Kalau tumpul, yang dicukur akan berasa pedih & pencukuran takkan lancar. Begitulah juga si pengikis harta, dia selalunya mengikis dengan berhelah supaya yang dikikis tak rasa dikikis, tengok-tengok sahaja dah habis harta dia dikikis. Cuba kalau guna pisau pemotong daging, mesti dah kena tendang awal-awal.
Rumusan:
Janganlah suka sangat perlekehkan Simpulan Bahasa & juga Peribahasa Melayu tu, macamlah korang jer yang pandai. Apa? Datuk nenek kalian dulu bodoh sangatkah? Jangan pandang orang dulukala sebelah mata tau.
Nasib baik Tedi yang dengar, kalau Master yang dengar, dah lama dia bakar stesen radio tu. Kononnya.
Tedi bukannya reti sangat, tapi Tedi tak kisah asalkan Tedi dapat kondem diorang, hahahaha.
Mula ditaip pada 20130606, karangan ini adalah berkenaan pisau cukur maksud. Hanya pendapat peribadi penulis sahaja, boleh kutuk di ruangan komen jika mahu. Hihihi.
2 Ulasan
jangan memperlekehkan pisau cukur.. kecik tapi membawa impak yang besar.. ;)
BalasPadamapakah impaknya itu kak Aizamia3?
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.