Hampir seminggu Tedi tak mencoret dalam interpretZZ, dan kini Tedi membawa berita sedih buat semua makhluk di dunia.
Selamat jalan wahai kawan. Semoga bertemu di syurga nanti. |
Hari ini merupakan hari dukacita bagi semua pencinta alam.
- Ini adalah kerana Badak Sumbu Hitam (Western Black rhinocerous / West African black rhinocerous) atau nama saintifiknya Diceros bicornis longipes secara rasminya diisytiharkan telah pupus dari muka bumi oleh International Union for Conservation of Nature.
- Kali terakhir kawan Tedi itu dilihat adalah pada tahun 2006.
- IUCN kata kepupusan mereka ini dapat dielakkan jika kaedah pemeliharaan yang sempurna dilaksanakan.
Badak sumbu lain turut terancam
- Tidak cukup dengan berita kepupusan Badak Sumbu Hitam (Western Black), laporan mereka juga turut menyebut beberapa nama lain yang terancam.
- Mereka ialah Badak Sumbu Putih Afrika dan juga Badak Sumbu Sumatera (setahu Tedi hanya tinggal kurang 100 ekor di Malaysia dan Indonesia) yang kini bergelut untuk meneruskan kesinambungan hidup kesan aktiviti penyeludupan dan juga kurangnya usaha pemeliharaan.
- IUCN mencadangkan pengurusan dan pengekalan habitat boleh membantu mengelakkan kepupusan baki subspesis Badak Sumbu.
***
Sumber bacaan:
8 November 2013
9 Ulasan
apabila manusia terlalu rakus menyelongkar tanpa berakal akhirnya yang mendatang tak berkesempatan.
BalasPadamyang berkesempatan pun tidak peduli, jadi yang tidak berkesempatan mungkin tak terasa apa-apa
PadamApa je yg tnggal tuk generasi akan dtg kan tedi?selamatkan haiwan2 ni dr terancam..bersemangt.. :)
BalasPadamyup... lakukan apa saja yang terdaya walaupun hanya dengan mengutip sampah di tepian pantai.
Padambukan badak aje yang terancam Ted, manusia pun sekarang ni dah terancam, semua benda dah naik. gaji aje yang tak naik.......
BalasPadamhaiwan terancam kerana perbuatan manusia, manakala manusia terancam kerana manusia sendiri...
Padamtak sempat nak jmpe,dah pupus plak..huhu..
BalasPadamitulah kan, Tedi pun nasib baik sempat tengok tenuk melintas jalan di Gerik, entah masih ada lagi tak?
PadamSumbunya jadi sumber kepupusan
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.