بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Terkedu sebentar Tedi tengok foto di bawah ni.

gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920
Gambar tujuh orang askar Melayu Perak pada tahun 1920


Gambar yang dipercayai diambil di Ipoh pada tahun 1920-an ini dilelong di e-bay (http://www.ebay.com/itm/malay-malaysia-PERAK-IPOH-Group-of-Soldiers-1920s-RP-/230424260286) oleh penjualnya yang berada di Belanda dengan harganya pada ketika ini USD$25.

Ia adalah foto askar Melayu iaitu gambar askar sebenar bewarna hitam putih. Ini bukan gambar daripada askar games tau!

Askar dikenali juga sebagai tentera atau perajurit. Dalam loghat Perak disebut sojar yang Tedi anggap berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu soldier.

Memang rare foto ni, kalau dapat dalam keadaan terpelihara, memang baguslah.

Ketika ini Tedi terfikir, tiadakah syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mahu membida, menyimpan dan mempamerkan gambar bersejarah ini?

Lukisan berjuta-juta boleh dibeli, takkan foto sejarah $25 tak mampu kot? Belilah untuk dijadikan koleksi gambar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan khususnya dan Malaysia umumnya.

Konon menghargai seni, sanggup dibeli lukisan berjuta-juta yang kemudiannya disimpan atau rosak sebegitu sahaja, tapi seni yang ada pada foto bersejarah macam ini tak mahu pula cuba dikumpulkan.

Benarkah beli lukisan tu kerana seni atau ada udang di sebalik batu?


~20180519~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih