Pencarian pelayar web sumber terbuka kini bermula...
Kebelakangan ni Tedi sibuk mencari, memuat turun dan mencuba mana-mana pelayar web di atas platform sumber terbuka yang sesuai dengan notebook antik milik Tedi ni.
Bukannya apa, Microsoft Internet Explorer yang ada pada Windows XP ni dah berkurun usianya, manakala Mozilla Firefox untuk XP pun macam tak berapa nak best, tinggallah Google Chrome meninggalkan jauh pesaingnya.
Hari ini Tedi mencuba pelayar web Midori. Setakat ni memang agak teruja mencubanya kerana kelihatan platformnya amat berbeza jika dibandingkan dengan pelayar web komersial.
GUI atau graphic user interface atau antaramuka penggunanya pun nampak sangat lain.
Tapi persembahan saja tidak memadai, kena tengok prestasi juga.
Kelajuan pelayaran web nampak macam agak perlahan, lebih kurang macam Apple Safari. Dan bila Tedi tengok logo pada taksbar, memang nampak macam logo Safari.
Kita cuba dulu...
Kalau nak cuba, bolehlah rujuk http://alternativeto.net/software/midori/?platform=windows
4 Ulasan
Lebih suka guna Google Chrome. Laju sikit! Hehe~ Tapi nanti boleh try Midori pulak. First time dengar ni.
BalasPadamGoogle Chrome memang paling ok setakat ni tapi ia dah jadi semakin heavyweight kerana Tedi bukan guna untuk browse je.. jadi sekarang ni cari alternatif untuk pc yang tak power.. Midori tampak tak ok juga... :(
BalasPadamboleh cuba ni :)
BalasPadamowh, Tedi dah stop guna sebab ada beberapa masalah :)
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.