بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Bencana banjir besar yang melanda Malaysia turut membadai Taman Negara di Kuala Tahan.

Restoran Terapung Tersangkut di Tebing Sungai

Ini adalah salah sebuah mangsanya, sebuah restoran yang dulunya terapung di atas sungai tetapi kini tersadai di tebing sungai.

Dengar cerita, air surut mendadak dan si penjaga terlelap, akibatnya tambatan tidak dibuka menyebabkan restoran ini tergantung sebegitu rupa.

Gambar sebuah restoran terapung di Taman Negara Kuala Tahan yang tersangkut di atas tebing setelah banjir besar surut.
# Sunday, 29 March 2015, 09:41 # 20150329C Taman Negara (32) # Canon EOS 500D #

 

gambar pemandangan restoran terapung di kuala sungai di Taman Negara Kuala Tahan selepas dilanda banjir besar
Gambar deretan restoran terapung dan kelihatan sebuah restoran terapung yang tersangkut di atas tebing setelah banjir surut. Perhatikan bagaimana banjir telah menumbangkan pokok-pokok di tebing sungai.
# Sunday, 29 March 2015, 09:42 # 20150329 # 20150329C Taman Negara (33) # Canon EOS 500D # Taman Negara Kuala Tahan # Hulu Tembeling, Pahang # https://goo.gl/maps/8MLPNPbioVP7MvoB8 #

 


~20150329~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih