Kenapa mulut gatal setelah makan keropok ikan?

Sedap je Tedi kunyah keropok ikan, sebelah kanan keropok lekor dari Terengganu, manakala sebelah kiri pula keropok ikan.

Tapi itulah, semasa makan keropok lekor tiada masalah pun, sedap je, tapi semasa makan keropok keping, rasa gatal-gatal mulut. Gatal pun gatallah, Tedi tetap sambung makan.

Selalunya apabila makan keropok gatal, Tedi akan kata ikan yang digunakan untuk pembuatan keropok tu jenis gatal. Tapi kemudian terfikir pula, ikan apa yang gatal? Bermain di fikiran, mungkin bukan salah ikan, tapi salah cara pembuatan keropok ikan itu sendiri?

Mulut berasa gatal adalah tindakbalas alahan.

Melalui bacaan awal, rasa gatal di mulut adalah salah satu tanda alahan, jadi mungkin Tedi alah kepada ikan-ikan tertentu?

Selain alahan disebabkan jenis-jenis ikan tertentu, yang mana Tedi tiada masalah makan ikan segar, tindak balas alahan boleh disebabkan oleh pengambilan ikan yang buruk atau dah busuk.

Tedi percaya fakta yang kedua itu lebih sesuai dengan keadaan yang Tedi alami.

Tapi kenapa boleh alah dengan keropok ikan? Bukan semua pula tu?

Pening Tedi fikir... tak puas hati.... senang cakap alahan, tapi benda apa dalam ikan boleh sebabkan alahan?

Setelah membaca beberapa fakta kesihatan berbahasa Inggeris dan berbahasa doktor yang memeningkan Tedi, dapat Tedi simpulkan kenapa keropok boleh menggatalkan mulut kita?

Dan ia juga menjawab kenapa keropok lekor itu tidak meggatalkan mulut Tedi berbanding keropok keping.

  1. Semua makan mengandungi histamine, ada yang banyak, ada yang sikit.
  2. Badan akan bertindakbalas dengan histamine lalu hasilkan gejala alahan, di mana alahan itu adalah kesan dari tindakan pertahanan badan
  3. Makanan segar kandungi kurang histamine, manakala makanan yang disimpan lama, atau diperam, atau hampir luput akan kandungi lebih hstamine.
  4. Kandungan histamine tinggi disebabkan pengumpulan bakteria amines, semakin lama semakin banyak ia terkumpul.

Apakah itu Histamine?

Pening betul Tedi membacanya, tapi histamine ni adalah salah satu bahan kimia yang bertanggungjawab dalam pertahanan badan. Pengkaji menyatakan histamine adalah salah satu faktor kegatalan pada badan.

Tak mampu Tedi nak ceritakan bagaimana Histamine ni mempertahankan badan, mungkin boleh buka tajuk lain, tapi Tedi nak tahu bagaimana pula dikatakan Histamine ni adalah sistem pertahanan badan kita sedangkan tadi Tedi kata bahawa kita gatal kerana makanan itu kandungi Histamine?

Jadi kita gatal kerana alah kepada histamine daripada makanan atau disebabkan histamine yang dihasilkan badan? Atau Tedi sendiri salah faham pasal histamine?

Kesimpulan

Telahan Tedi mengenai kegatalan dek makan keropok disebabkan oleh penyediaannya agak betul. Tapi bukan sahaja penyediaan di bahagian pengeluar, tapi ambilkira juga penyediaan di bahagian pemasak yang menyimpan lama makanan tersebut.

Jadi kepada mereka yang mahu makan keropok, dapatkan keropok yang segar, kalau keropok lekor terus dapatkan yang segar dari laut... adakah?

Kalau keropok keping pula, dapatkan juga yang segar, dan janganlah disimpan lama sangat sehingga bertahun-tahun.

Buat pengilang pula, jujurlah, jangan dicampurkan ikan yang busuk demi mengejar keuntungan.


20160214