Petang tadi ada ceramah kesihatan oleh Doktor Eliza AzizHafiz

**Kemaskini: boleh silap nama la pulak, patut Mommy cari tak jumpa...**

Beliau dijemput oleh Kelab Kecergasan untuk menerangkan kepentingan badan yang cergas kepada otak yang cerdas.

Ceramah beliau tidaklah membosankan dan pada akhir sesi ada pula sesi bersenam dengan hanya duduk di atas kerusi. Walaupun dengan hanya duduk di atas kerusi, senaman itu agak menyemputkan Tedi.

Ini adalah beberapa intipati ceramah beliau, dan kekawan semua pasti akan dapat kenalpasti apa yang ditekankan oleh beliau.



Petua untuk kurangkan berat badan 8 kilogram dalam masa dua minggu sahaja.
  • Jika ada sakit-sakit pada badan, kurangkan gula.
  • Gula adalah penyebab kepada 100 jenis barah.
  • Badan tidak perlukan gula, sebaliknya cuma perlukan karbohidrat, protein, dan lemak.
  • Insulin akan serap gula. Apabila insulin tinggi, kadar metabolisme akan jatuh.
  • Jika mahu turunkan berat badan, jangan ambil gula.
  • Ubat terbaik buat manusia adalah senaman, jika tak bergerak sejam, umur pendek 6 minit.
  • Perokok yang bersenam adalah lebih sihat berbanding bukan perokok yang tidak bersenam. Tidak melakukan aktiviti fizikal lebih banyak membunuh berbanding rokok.
  • BMI lebih 25 adalah tidak bagus.
  • Minimum senaman diperlukan hanya 3 kali seminggu, 20 minit satu sesi.
  • Berjemur di bawah cahaya matahari sebelum jam 11 pagi, atau selepas jam 6 petang untuk serap Vitamin D, yang membantu serap kalsium dan elakkan osteoporosis.
  • Diet bukannya bermaksud tidak makan, sebaliknya makan dengan kaedah yang betul.
  • Senaman terbaik adalah berenang.
  • Elak gula dalam 2 minggu boleh turun berat badan 8 kilogram.
  • amalkan senaman aerobik 3 kali, beban 2 kali, dan regangan seberapa banyak mungkin dalam seminggu. Bebanan guna botol air atau berat badan sendiri dah memadai.
  • Beliau tidak percayakan supplement, hanya diet yang betul dan senaman dapat membantu.
  • Badan hasilkan Vitamin C sendiri, pengambilan dari sumber luar akan membantutkan penghasilan Vitamin C.
  • Senaman ambil masa berminggu untuk tunjukkan kesan terutama kepada mereka yang tidak cukup muda.
  • Ambil gula maksimum 6 sudu teh sehari.

 

Macam mana, dapat tak keyword yang beliau tekankan? Hindarkan gula...

20160317