13:12

Kami tiba di AEON Kota Bharu. Ia terletak bersebelahan stesen bas di Lembah Sireh, kawasan terletaknya Tesco Kota Bharu.

Sekilas pandang memang besar AEON Kota Bharu ni, rasanya lebih besar daripada AEON Seri Kembangan. Kalau nak bandingkan dengan AEON Seremban 2 mungkin lebih kurang sama atau AEON Kota Bharu ni lebih besar.

Hal ini agak membingungkan kerana negeri yang serba miskin seperti Kelantan ni boleh punyai 2 pasaraya yang besar di satu kawasan. Siapalah agaknya yang shopping di pasaraya-pasaraya mega seperti ini?

Agaknya mungkin orang Kuala Lumpur sering turun membeli-belah di sini? Atau rakyat Thailand yang datang shopping di sini? Atau rakyat Terengganu?

Apa-apa pun semoga peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini takkan disambar oleh pekerja-pekerja asing seperti di negeri-negeri lain.

Tedi belanja sedikit gambar di dalam AEON Mall Kota Bharu ni. Malangnya liputan Celcom tak berapa bagus di sini.


22 Mei 2016