بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Ada beberapa orang yang bertanya, "Ada masalah tak Subaru XV STI?"
Tak kurang yang bertanya kepada kami tentang kelemahan Subaru XV.
Erm.. masalah enjin atau mekanikal tu tiadalah memandangkan kami baru gunakan kereta ini untuk pemanduan sejauh 80000 kilometer.
Tapi ada beberapa masalah ketika gunakan Subaru XV yang boleh dijadikan titik hujah jika anda mahu membeli kereta ini. Jika anda cari dalam forum mungkin takkan jumpa kritikan sebegini seperti mana yang Master telah alami.
Ini adalah benar-benar komen pengguna Subaru XV, bukan setakat test drive kereta saja sana-sini lepas tu buat video semua puji memanjang, bosan macam tengok rancangan jalan-jalan cari makan semuanya sedap, cukup garam, cukup pedas, cukup gula... apa yang tak cukup?
Ini jua komen untuk Subaru XV STI tahun 2015 sahaja, manalah tahu Subaru XV baru mestilah lebih bagus.
Eh, melalut pula Tedi, sila baca komen di bawah mana tahu boleh membantu anda agar tidak menyesal di kemudian hari.
Kandungan :
- 1. Ruang letak barang yang sempit
- 2. Bunyi bising angin ketika pemanduan
- 3. Subaru XV banyak gunakan petrol
- 4. Stereng yang agak berat
- 5. Kekuatan XV adalah pada low speed bukan top speed
- 6. Harga turun kaw-kaw punya
- 7. Tayar cepat botak
- 8. Rintangan angin yang tinggi
- 9. Masalah dengan penghawa dingin setelah 4 tahun!
- 10. Radio mati setelah 4 tahun!
1. Ruang letak barang yang sempit
Ini adalah faktor yang diambilkira Master semasa ingin membeli Subaru XV. Tapi semasa di ruang pameran (showroom) atau semasa pandu uji, anda agak sukar nak membayangkan kesempitan ruang simpan barang Subaru XV.
Ianya lebih kecil berbanding Proton SAGA BLM tapi mungkin lebih luas berbanding Myvi. Jika dilihat mengikut angka, bezanya tak jauh berbanding Proton SAGA BLM tetapi bila letak barang, amat terasa.
Jadi Tedi cadangkan sesiapa berminat nak beli Subaru XV bolehlah bawa beberapa bagasi yang biasa digunakan untuk uji ruang letak barang. Hehe.
Jika tanya jurujual memang dia akan kata tempat duduk belakang boleh direbahkan, tapi kita bukan nak naik kereta berdua je kan?
Tempat duduk penumpang hadapan pula tidak boleh direbahkan ke depan seperti Honda HRV kerana ia akan tersangkut, jadi mungkin Subaru XV tidak sesuai untuk dibawa ke IKEA.
2. Bunyi bising angin ketika pemanduan
Ini adalah satu perkara yang agak subjektif kerana ia hanya berdasarkan pengalaman masing-masing. Tapi bagi Master, Subaru XV lebih bising kedengaran bunyi angin berbanding dengan Proton SAGA BLM.
Adakah ia kerana soundproofing, atau kerana tayar yang lebih besar? Master tiada jawapannya.
Kawan Master yang telah pandu uji HRV menyatakan bahawa Subaru XV lebih senyap, dan beliau juga nyatakan bahawa Forester baru lebih senyap berbanding Subaru XV 2015.
Pada tahun 2019 pula, jiran kami yang turut menggunakan Subaru XV STI telah menukar keretanya kepada Honda CRV, katanya dia dah rimas dengar bunyi bising yang mengganggu semasa memandu kereta Subaru XV.
3. Subaru XV banyak gunakan petrol
Jika dibandingkan dengan Proton SAGA BLM, penggunaan petrol Subaru XV pada masa ini adalah 8 liter per 100 kilometer sedangkan Proton SAGA BLM guna 7 liter petrol per 100 kilometer.
Bagi Tedi ia boleh diterima kerana saiznya lebih besar, namun Tedi kata ia gunakan banyak petrol kerana penjual di Subaru Seremban claim kereta ini hanya makan 7 liter minyak per 100 kilometer.
Untuk makluman, 8 liter per 100 kilometer itu hanya dapat dicapai kerana Subaru XV kami hanya dipandu di jalan yang tidak sesak. Sebelum ini ia gunakan lebih 10 liter petrol setiap 100 kilometer apabila kami gunakan ia untuk ke pejabat dan sekolah Tedi.
Pergi kerja bawa kereta Subaru XV ni memang rasa nak menangis la.
Mungkin ini adalah jawapan kepada soalan: subaru xv jimat minyak? Terpulang kepada anda untuk mentakrifkannya berdasarkan kepada angka-angka yang Tedi sebutkan tadi.
4. Stereng yang agak berat
Jika dibandingkan dengan Proton SAGA BLM memang kendalian Subaru XV lebih berat, lenguh bahu jugalah dibuatnya jika pemanduan perlahan. Tapi jika pemanduan laju memang best.
Tidak adillah bandingkan dengan Proton SAGA BLM sebab tayarnya kecil, kan?
Kalau nak bandingkan dengan SUV yang guna tayar 17 inci, Master kata CX5 lebih mudah dipandu, lebih sesuai untuk kaum wanita.
5. Kekuatan XV adalah pada low speed bukan top speed
Low speed ni maksud Master adalah boleh cepat accelerate ke kelajuan 80 kmj - 100 kmj, so setakat nak tinggalkan Myvi tu selamba badak sahajalah. Tapi pada kelajuan tinggi, Myvi boleh pergi lebih laju mungkin sebab dia ringan. Master pernah mengalah dengan Myvi pada kelajuan 150 kmj, perempuan pula tu pemandunya. Ini mungkin bukan pasal XV tak laju, tapi mungkin pasal hati Master tak kering.
Jadi kalau nak berlumba dengan Myvi tu silalah pilih litar kawasan berbukit atau berliku yang memaksa pemandu selalu perlahankan kenderaan, ketika ini anda akan berasa macam harimau mengaum...
Tapi kalau nak berlumba dengan Myvi di lebuhraya juga, apabila kena high beam dengan Myvi tu, perlahankan kenderaan anda, dan kemudian pecut, masa tu mungkin dia akan masuk kiri sebab termangu, tapi jangan terus berada di lorong kanan, selepas pecut agak-agak tak nampak tu, masuk kiri cepat-cepat, mana tahu dia datang lagi sekali.
6. Harga turun kaw-kaw punya
Sakit hati tau lihat harga kereta yang dibeli boleh turun 40,000 ringgit Malaysia dalam masa setahun!
Sakit hati bukan sebab nak jual kereta tu pun, tapi kalaulah dilewatkan pembelian model XV tu ke setahun dah jimat 40,000. Kereta baru juga walaupun bukan model terkini. Lagipun sekarang model XV cepat variasinya, maklum sahajalah variant yang ada di Malaysia ni mungkin 2-3 tahun lewat berbanding yang di Eropah.
7. Tayar cepat botak
Pecut tu pecut juga, memanglah boleh pecut dari 0-60 kmj tu dengan cepat, tapi tayar tu keempat-empatnya berpusing, maka keempat-empat tayar menerima impak pecutan tersebut.
Jiran kami baru setahun dah tukar tayar, daripada Continental kepada Toyo.
Mungkin masalah kehausan tayar itu adalah berpunca daripada tayar, tetapi jangan lupa sistem AWD pun menyumbang kepada ketirisan poket anda....
8. Rintangan angin yang tinggi
Ini adalah harga yang harus anda bayar apabila memilih SUV. Rintangan angin tinggi akan menyebabkan kereta terasa berat di kawasan berangin.
Kami merasakan pengalaman dan perbezaan itu apabila memandu Subaru XV dan Proton SAGA BLM di Lebuhraya MEX yang mempunyai rintangan angin yang kuat. SAGA BLM terasa lebih senang meluncur pada kelajuan 120 kmj berbanding XV.
Tetapi apabila anda henjut 140 kmj++, rintangan angin itu tiada apa bagi anda. Sudah pastilah SAGA BLM bukan saingan Subaru XV pada kelajuan 140++.
9. Masalah dengan penghawa dingin setelah kereta berusia 4 tahun
Pada tahun 2019, kereta Subaru XV kami mempunyai masalah penghawa dingin di mana ia tidak lagi mampu menyejukkan hawa dalam kereta kami. Lawatan kami ke Pusat Servis Subaru di Kota Bharu mendapati bahawa kereta Subaru XV STI kami kehabisan gas penghawa dingin. Huh.
Kereta Proton SAGA BLM dan kereta Proton Persona milik kami yang dah berusia 10 tahun ke atas pun tak alami masalah ini!
Hal ini menyebabkan kami terpaksa top-up gas kereta penghawa dingin Subaru XV itu sebanyak 2 kali dalam tahun 2019 iaitu di Kota Bharu sekali dan kemudian di Bahau sekali. Mekanik di Bahau itu memberitahu bahawa compressor kereta Subaru XV STI kami tu akan rosak bila-bila masa sahaja nanti.
10. Radio mati sebelah kereta Subaru XV berusia 4 tahun.
Ini lagi satu masalah, unit infotainment atau radio kereta Subaru XV STI kami rosak secara tiba-tiba. Pada mulanya ia keluarkan skrin biru sebelum tidak boleh beroperasi sepenuhnya. Kerosakan pada unit ini bukan sahaja menyebabkan kereta Subaru XV kami tiada hiburan malah menyebabkan kami tak boleh gunakan sistem penunjuk arah dan juga kamera undur!
Jiran Master juga alami masalah yang sama menyebabkan dia terpaksa tukar set infotainment keretanya. Nasib dia baik kerana radio kereta Subaru XV miliknya itu rosak semasa masih dalam jaminan pengeluar.
Kesimpulannya:
Tiada masalah lain pada Subaru XV 2015 buat masa ini kecuali ruang letak barang yang sempit, ruangan kabin agak bising, makan minyak jika dalam kesesakan, dan sterengnya agak berat jika pemanduan perlahan.
Tedi cuba cari dalam berita tentang masalah Subaru XV 2015 tapi tiada sebarang laporan. Nampaknya tidak ramai orang yang komen pasal Subaru XV ni.
Tedi cuma jumpa laporan XV yang lebih awal makan minyak hitam, rasanya Subaru XV 2013 sehinggakan Subaru disaman kerana masalah itu.
Selain itu Subaru XV lebih awal juga ada masalah balutan kabel yang jika serius boleh sebabkan kereta mati tengah jalan!
Semoga kereta Subaru XV kami takkan ditimpa masalah-masalah berat seperti itu. Amin.
Namun pada 2019 kereta Subaru XV STI kami alami masalah penghawa dingin dan radio, menyebabkan kami agak menyesal membeli kereta ini.
20161217, 20200201
33 Ulasan
salam tuan, saya baru sahaja amek subaru 2nd 2015 version. jumpa jugak komen yang fully bgtaw masalah subaru, tuan, saya nak tanya, untuk servis dan major servis memang tuan buat di subaru servis centre ke?
BalasPadamWa'alaikumussalam. wah mesti dapat murah kaw kaw la kan. Sekarang ni memang service di Subaru Service Center sebab masih ada warranty 5 tahun / 100000 km.
Padamsekarang tengah pening kepala nak ganti radio Kenwood tu harga lebih 2 ribu Ringgit Malaysia. ramai yang kena tu radio tu rosak.
Padamwassalam, x ada murah kaw kaw tuan tapi ok la. untuk orang yang baru berkeluarga. macam yang tuan alami, saya baru je rosak sistem radio tu. jadi warna biru lepastu terus shutdown. memang nak kena pergi center. kalau ada warranty boleh tukar percuma ke?
Padamkami tukar radio lain terus guna Android harga RM 1000. Radio tu ganti percuma tapi jaminan radio habis awal berbanding jaminan kereta. Pergi sahaja ke Kenwood dia terus gantikan. Dulu tengok Subaru XV baru berapa tahun jual second hand dalam 75 ribu Ringgit Malaysia. Tapi murah lagi kereta Peugeot.
PadamMaksud tuan x perlu pergi subaru service centre ke?
PadamJust ke kenwood untuk penukaran? Seperkara lagi Saya nak tanya, untuk servis center caj maintenance dia berapa ya? Ini kali pertama Saya ingin ke subaru servis centre. Sebelum ni Saya servis di third party punya kedai sahaja.
Jiran kena dia pergi ke Kenwood sahaja, tapi tak pasti sama ada ke Kenwood HQ. Boleh tanya pusat service Subaru dulu kot.
PadamIni dah habis warranty ke belum? Keliru pula ni. Kurang periksa pula berapa kos sebab kami dapat service percuma 5 tahun atau 100 ribu kilometer. Kira dah hujung-hujung dah ni. Caj maintenance dia kalau ada dalam bil nanti kami korek balik, kami post, tak pernah ambil tahu... hihihi...
Assalam sy nak tanya, subaru xv sy ada masalah bila start drive. Bila nak speed, RMP tidak sync dgn kelajuan dan kereta agak berat & slow. Untuk sy cecah 80/kmh pun sy perlu tekan habis minyak. Dan paling besar adalah masalah bila drive utk naik ke parking / bukit. Kereta sy tak lepas utk naik. :(
BalasPadamWow... rasanya kami pun mulai alami perasaan Subaru XV agak tidak pickup, tetapi pada masa ini kami syak bahawa ia berkaitan dengan masalah bearing tayar kerana keberatan ini terasa selepas tukar tayar baru dan alignment pun tidak dibuat pihak kedai tayar. Tapi kalau RMP tak sync ni dah macam masalah sensor. Mengenai tekan habis minyak, Master drive Subaru XV dia tak tekan terus menerus, memang Subaru XV tu tak memecut. Master tekan henjut kuat sikit lepas tu lepaskan minyak, kemudian tekan lagi mengejut macam tu, sama juga masa memotong kereta, jangan tekan minyak terus menerus memang tak pergi. Tekan minyak mengejut nanti Subaru XV tu tahu kita nak memecut. Teknologinya tak macam kereta auto lain berkadar terus dengan tekanan minyak. Ia bergantung juga kepada gaya kita membrek, kalau betul cara lepas brek, kereta Subaru XV ni terus memecut. Tapi memang kena main pam-pam minyak tu. Gaya memandu Subaru XV ni lain sikit memang membazir minyak.
PadamTapi masalah kelajuan kadangkala berkaitan dengan sensor, ini lebih bahaya, silap-silap mati kereta di tengah jalan atau tak boleh tukar gear, maka sila ke bengkel Subaru berdekatan dan tanya yang pakar. Pandailah mereka nak periksa gunakan komputer. Zaman sekarang check kereta semua guna komputer aja.
Assalamualikum saudara, saya nak tahu berape liter minyak gearbox utk subaru xv pakai dan jenis2 minyak hitam yg sesuai tq u😁
BalasPadamWa'alaikumussalam. Belum pernah ganti minyak gearbox sendiri, masih hantar ke pusat khidmat Subaru. Minyak hitam pun tak ingat Subaru guna apa. Diorang ada partnership dengan brand tertentu.
PadamJenama minyak hitam kereta Subaru XV yang mereka gunakan ialah MOTUL.
PadamXV 2015 saya ada 3 kelemahan setakat ni..
BalasPadam1. Speaker rosak
2. Head unit kenwood x berfungsi, tapi bila di godek2 cable, hidup semula. Dah tukar Android set. Pasang sendiri..kos 300 lbh je.
3. Rear wheel bearing x 2. Beli luar, kos 500++
4. Minyak hitam kurang. Tpi tiada tanda bocor o asap lbh. Sc respon, wap minyak ke rongga2 enjin.
Sekian, so far. Minyak jimat n good handling car
Bab minyak tu mmg betul rm50 ulang alike kerja puchong prima usj taipan next week pon Ada lebih dalam 100km lg.
PadamBearing beli luar 500 tu seunit ka atau untuk 2 unit? Jumlah harga berapa? nak ganti juga ni. Belum pergi Subaru Bangi lagi sebab PKP.
PadamMinyak hitam saya pon berkurangan... belum pegi check baru perasan pagi tadi... tiada tanda bocor jugaj...
PadamMinyak hitam saya pon berkurangan... belum pegi check baru perasan pagi tadi... tiada tanda bocor jugaj...
PadamMinyak hitam saya pon berkurangan... belum pegi check baru perasan pagi tadi... tiada tanda bocor jugaj...
Padammasalah minyak hitam ni jadi pada Subaru XV 2013 di negara-negara sebelah barat, dipanggil overburned dan menyebabkan Subaru disaman pembeli. kalau di Malaysia mungkin sahaja tutup sebelah mata. hak pengguna di Malaysia kan tak berapa kuat.
PadamLbh krg sama. Saya ulang alik ke tempat kerja dll 50km+ sehari. RM50 sampai 1 mggu jgk. Saya dari Kch
BalasPadamKuching okay kot, kalau di Kuala Lumpur mau menangis tengok meter minyak turun. Mungkin RM 30 dapatlah 2 hari. Tapi kami dalam 60 km ke 100 km sehari ikut jalan mana kami ambil.
PadamYes, saudara Tedi. Kita ambil kira jugak keadaan penggunaan dan keperluan kereta sebelum komit utk beli. Kalau macam di KL o bandar2 besar.. Axia o kereta jimat myk adlh memadai.
BalasPadamowh masuk KL memang guna Proton Saga atau Proton Persona je, kadangkala je terpaksa guna Subaru XV, sebab tu dapatlah bandingkan perbezaannya.
PadamKereta ini kereta Mummy, dia nak kereta kecil tapi bukan sedan maka Subaru XV lah yang jadi pilihan. Hihihi. Tapi akhirnya Master juga yang kena pandu, bayar minyak dan maintain.
PadamTedi, bearing saya beli harga utk 2 or 1 set belakang. Online di Shopee.. brand NTN Japan. Pasang di bengkel luar or SC. Upah pasang RM60+ kalau di luar
BalasPadamBagus info ni. Lepas ni bolehlah tanya Pusat Khidmat Subaru Bangi tu berapa dia caj. Kalau tahap kayangan boleh guna alternatif inilah.
Padamada link tak
PadamYes, kita ada pilihan. Zaman internet kebaikan nya memudahkan dlm byk perkara jika diguna sebaiknya
BalasPadamHaah. tapi kalau camni la gayanya baik beli Proton. Rakyat Malaysia kutuk pun pakai okay ja lebih 10 tahun. Baca komen omputeh pun frust dengan Subaru XV ni. Tapi handling memang baguslah. Itu tak boleh dinafikan.
PadamAda betul juga, sebab saya ada Neo. 1.6 auto tahun 2006. Krg masalah berbanding XV walau dah 13 thn. Ada masalah itu ini sebaiknya ambil sebagai pengajaran
BalasPadamSatria kira dah level lain sebab Karamjit Singh guna dalam rally, hehehe.
PadamDi sini sangat rare Neo di jln raya..hhh
BalasPadamSecara umumnya Proton Satria memang rare tambahan kereta Proton Satria ini sasarannya ialah orang muda di luar negara. Rakyat Malaysia mana nak beli sangat kereta dua pintu dan harganya mahal pula tu. Kereta Proton Satria Neo lagilah pula sebab rekaannya bagi Tedi kurang menarik berbanding Proton Satria edisi sebelumnya.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.