Pada masa kini manusia di Malaysia sudah sedar akan harga kesihatan, sehinggakan minum susu yang dianggap bagus tu pun kini ditapis juga.
Kebelakangan kini manusia di Malaysia mula mencari susu tanpa laktosa. Kenapa mahukan susu tanpa laktosa sama ada susu formula tanpa laktosa ataupun tidak?
Ini adalah beberapa jenama susu tanpa laktosa di Malaysia yang Tedi kenal pasti.
Abbot Similac LF: Rumusan Khas Tanpa Laktosa
- Susu tepung tanpa laktosa untuk bayi berusia dari 0 sehingga 12 bulan.
- Beratnya ialah 850 gram.
- Kandungi DHA, AA dan Nukelotida
- LF adalah akronim kepada Lactose Free
- Cara penyediaan:
- Susu tepung formula untuk bayi tidak melalui proses sterile dan tidak patut diberi kepada bayi tidak cukup bulan atau bayi yang mengalami masalah imunisasi kecuali jika diarahkan dan dipantau oleh doktor.
- Guna air masak yang telah dipanaskan sehingga takat didih selama 5 minit.
- Biarkan air itu sejuk.
- Jika mahu disimpan, masukkan ke dalam peti sejuk pada suhu 2°C - 4°C dan digunakan dalam masa 24 jam.
- Selepas susu diberi kepada bayi, habiskan ia dalam masa sejam.
DUMEX MAMEX Gold: Rumusan Khas Tanpa Laktosa
- Untuk bayi tidak toleransi laktosa
- Untuk bayi dari 0 sehingga 12 bulan
ISOMIL® PLUS: Rumusan Soya Lengkap Tanpa Laktosa
- Susu formula bebas laktosa dari rumusan kacang soya.
- Untuk kanak-kanak dari 1 hingga 10 tahun.
- Direka untuk kanak-kanak yang alah kepada protein susu lembu, tidak toleran terhadap laktosa, galactosemia dan mereka yang vegetarian.
- Kandungan:
- Ditambah dengan Fructo-oligosaccharides (FOS).
- Ditambah dengan Lutein dan Beta-carotene.
- Phospholipids adalah daripada Lecithin Kacang Soya.
- Ditambah DHA & AA, Linolenic dan Linoleic Acid, Taurine, Choline, Iron and Zinc.
- 100% Protein Kacang Soya berkualiti tinggi yang membekalkan asid amino yang diperlukan untuk pembinaan tisu.
- Sistem dual karbohidrat dengan 2 cara penyerapan untuk memaksimakan penyerapan.
- Menggunakan campuran minyak bunga matahari, minyak kelapa, dan minyak kacang soya untuk memberikan penyerapan lemak dan kalsium yang lebih baik.
- Kandungi Nucleotides untuk sokong pertahanan badan.
- Vitamin dan Zat Besi untuk sokokng pertumbuhan dan pembesaran normal.
- Susu rumusan ISomil PLUS ini mendapat sijil halal dari Majils Makanan Halal Eropah.
20170219
9 Ulasan
Susu ibu adalah yang terbaik... hehe...
BalasPadamSungguh tak sanggup dengan harga nya. Jadi marilah kita berazam dan berdoa semoga penyusuan kepada bayi dipermudahkan oleh-Nya
BalasPadamBeli susu ni bila Aina cirit-birit je. Tapi tak boleh beri lama-lama sebab tak cukup nutrisi berbanding susu formula bayi biasa.
PadamSusu NAN Lactose free termasuk dlm grup susu di atas x
BalasPadamYup termasuk. Tapi Tedi tak pernah jumpa di rak jualan di pasaraya, jadi Tedi "tertinggal" pasal produk ini.
PadamS26 tu macam mana pulak yaa?
BalasPadamYes, S-26 LF termasuk bebas laktosa, tapi macam tak pernah cuba. Ka ada cuba sekali tapi tak serasi.
PadamSusu Dutch baby ada lactose jugak ke
BalasPadampada asasnya semua susu ada laktosa. kecuali susu yang istimewa dirumus khusus daripada tumbuhan ada sukrosa. susu tanpa laktosa diberi kepada bayi yang alah dengan protein haiwan. macam kami berikan kepada Aina apabila cirit birit tapi untuk sementara sahaja kerana susu ini kurang khasiat. wallahu'alam.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.