Apabila disuruh melukis lukisan rumah, Tedi kebuntuan. Setakat rumah lidi dan orang lidi tu biasalah Tedi lukis. Lukis gambar rumah dua dimensi pun biasa juga, ada pintu, tingkap, bumbung dah memadai bagi Tedi.

Tapi takkan nak melukis ala kadar sahaja ek?

Nampak gaya terpaksalah Tedi melawat beberapa lukisan rumah di seantero dunia untuk mendapatkan ilham.

Gambar sebuah rumah kayu berwarna coklat berbumbung merah bata.
Tutorial cara melukis gambar rumah seperti di atas boleh didapati di laman web berikut: How To Draw a House. 

Lukisan Rumah Tiga Dimensi (3D)

Tapi boring juga kalau lukis rumah dua dimensi sahaja. Lukisan dua dimensi ni bermaksud lukisan rumah tu cuma ada tinggi dan lebar sahaja. Manakala lukisan tiga dimensi adalah lukisan rumah yang nampak tinggi, lebar, dan kedalaman.

Paling senang, lukisan dua dimensi akan nampak macam kita lihat rumah tu secara berhadapan, manakala 3D kelihatan macam kita lihat dari sudut.

Lukisan rumah guna pensil dalam tiga dimensi
Gambar di atas adalah satu lukisan rumah yang dilukis secara tiga dimensi (3D) iaitu kelihatan tinggi rumah, lebar rumah, dan juga panjang (kedalaman) rumah.

Lukisan Rumah Tradisi Jepun

Malas nak lukis gambar rumah moden yang tipikal tu, mungkin Tedi boleh mencabar diri untuk melukis rumah Jepun? Dalam anime Detektif Conan ada banyak kelihatan rumah tradisi Jepun ni.

Gambar di atas menunjukkan satu lukisan rumah tradisi Jepun.  Sumber: Lukisan rumah tradisi Jepun .

Tapi mungkin gambar lukisan rumah Jepun di bawah dari hasil tangan Nana Chan tampak lebih mendamaikan kerana ia menunjukkan lukisan sebuah rumah berhampiran sebuah kolam atau sebatang sungai dikelilingi pokok-pokok nan menghijau dan kelihatan satu telaga tradisional Jepun.

Macam mana Tedi tahu pokok-pokok tu hijau padahal lukisan itu hitam putih? daya imaginasi Tedi, suka hati Tedi nak bayangkan bagaimanalah kan?

Gambar lukisan rumah tradisional Jepun di tepi kolam atau sungai oleh Nana Chan

Lukisan Rumah Melayu

Dari negara Jepun, kita beralih pula ke rumah Melayu. Apabila mengatakan tentang rumah Melayu, kita terpaksa merujuk kepada senibina rumah tradisi Melayu, kerana rumah moden tidak menampakkan ciri-ciri sesuatu bangsa. Apabila Tedi melihat hasil lukisan fyq.deviantart.com bertajuk Rumah Kampung Melayu yang dibawah ini, Tedi terkesima.

Ia adalah lukisan yang sungguh bagus, walaupun setelah ditenung beberapa kali Tedi mula merasakan sesuatu yang pelik berkenaan persekitaran rumah ini, tapi Tedi tak tahu apa masalahnya. Mungkin sebab penggunaan warna mono tona? Atau sebab lukisan depan sedikit kabur?

Apa yang pasti adalah lukisan rumah Melayu itu cukup teliti dan menggambarkan rumah kampung Melayu yang sebenar. Hasil kerja yang bagus Yun Qi. Tedi harap tangan besar Tedi ni boleh melukis sebaik itu....

Lukisan Rumah Kampung Melayu di Malaysia oleh Yunqi

Rumah Kampung Malaysia oleh Nadiah Najib

Bila melihat hasil lukisan bertajuk Rumah Kampung Malaysia oleh Nadiah Najib bertarikh 2008 ni, lagilah Tedi ternganga. Dahsyat betul ketelitiannya. Lukisan ini menggunakan dakwat di atas kanvas lukisan. Tengoklah tu siap ada pokok kelapa, basikal tua lagi... memang lukisan rumah ni menunjukkan Rumah Kampung di Malaysia.

Lukisan Rumah Kampung Malaysia oleh Nadiah Najib

Kiriman lain yang berkaitan:

  1. Rumah Usang - kerja rumah melukis sebuah rumah usang.
  2. Seorang Nenek Membelai Kucing - kerja sekolah melukis gambar seorang nenek sedang membelai kucing

20170318