gambar empat manusia memegang plak ASTRO
Gambar sekadar hiasan
  1. Semalam Master telah disahkan oleh Special Officer CEO untuk sertai JVCo.
  2. Pegawai Khas CEO juga telah berbincang dengan penyelia Master dan memutuskan bahawa Master akan sertai JVCo pada bulan November 2017.
  3. Ini adalah kerana Master dikehendaki memulakan satu projek baru pada 1 Ogos dan wajib disiapkan pada Oktober 2017.
  4. 3 bulan lagi baru Master akan dapat sertai pasukan baru dan projek baru.
  5. Sehubungan dengan itu Tedi sebagai penasihat khas kepada Master telah menasihati beliau untuk tidak menarik balik mana-mana permohonan kerja yang telah dihantar, sebaliknya harus merebut sebarang peluang untuk mendapat gaji yang lebih baik.
  6. Master seharusnya lebih demanding dan berkeyakinan dan jual mahal. Master seharusnya mengungkapkan kata-kata, "get me if you can".
  7. Bulan November itu agak lewat, jadi Master harus berpegang kepada siapa cepat dia dapat.
  8. Pada petang semalam juga telah berlangsung upacara farewell untuk 3 bekas rakan sekerja Master. Semoga mereka akan sukses dalam kerjaya mereka seterusnya.
  9. Di JVCo nanti Master berharap dia akan terlibat dalam pengaturcaraan menggunakan JAVA dan terbabit dalam pembangunan e-dompet.

 

Farewell

Kata Takrif Sumber
farewell 1. leave-taking, mengucapkan selamat tinggal: their farewells were protracted, mereka mengambil masa yang lama untuk mengucapkan selamat tinggal; 
2. (attrib) perpisahan: farewell speech, ucapan perpisahan; farewell party, jamuan perpisahan.
Kamus Inggeris-Melayu Dewan
farewell interj selamat tinggal; /bid, say/ ~ to, mengucapkan selamat tinggal kepada; Kamus Inggeris-Melayu Dewan
valediction farewell speech, ucapan perpisahan. Kamus Inggeris-Melayu Dewan

 

20170729