Semalam Tok Abah bawa kereta Proton Persona 2008 1.6 transmisi manual ke bengkel.

Tujuannya nak tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu yang patah.

gambar pemegang pintu (door handle) kereta Proton Persona SE 2008

Setakat ni sudah tiga pemegang pintu kereta Proton Persona 2008 tersebut yang patah, mungkin kerana sudah reput sesuai dengan usianya yang sudah hampir 10 tahun itu.

Tok Abah tukar pemegang pintu kereta bahagian pemandu dengan harga RM 55 (lima puluh Ringgit Malaysia sahaja), di mana harga itu adalah bagi pemegang pintu kereta dengan warna perak (silver) iaitu sama dengan warna badan kereta Proton Persona 2008 tersebut.


Harga Pemegang Pintu Kereta

Kemudian ketika Tukar Suis Sensor Undur Kereta Proton Persona Elegance, Master sempat tanya harga pemegang pintu kereta itu dan harganya ialah RM 35 satu set untuk warna hitam dan RM 55 satu set untuk warna silver.

Kemudian Master mengupah Pak Lang Epul menukar pemegang pintu kereta Proton Persona itu berwarna hitam dengan harga RM 60 untuk 4 set atau RM 15 satu set. Tiada set berwarna silver kalau nak kena cat sendiri.


20180213