بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

Sekarang Tedi dan Master sedang berada di Pusat Servis Kenderaan SY Tyres and Services.

Mommy dan bayi Nor Aina pula sedang berada di Kelantan kerana Mommy balik mengundi di sana.

Tujuan kami berada di bengkel kereta ini adalah kerana Master nak tukar minyak hitam sintetik penuh Petronas Syntium 1000.

Harga minyak pelincir enjin fully synthetic Petronas Syntium 1000 ni adalah RM 200.

Manakala harga minyak hitam Petronas Syntium 800 adalah RM 130. Ia adalah minyak enjin semi synthetic.

Master memilih untuk menggunakan minyak enjin fully synthetic seperti biasa. Ia boleh capai jarak 10000 kilometer manakala Syntium 800 boleh capai jarak 7000 kilometer.

Selalunya Master akan tolak 2000 kilometer kerana ambil kira pergerakan enjin ketika kereta tidak bergerak.

Selain minyak hitam, penapis minyak (oil filter) turut ditukar. Harganya ialah RM 12.

Kos buruh atau harga upah untuk tukar minyak hitam pula ialah Ringgit Malaysia 15.00.

Jumlah keseluruhan untuk service kereta Proton Persona pada kali ini adalah RM 227.

 

Gambar kereta Proton Persona ketika sedang diselenggara.
Selain itu ada iklan kerja kosong ditampal berhampiran bengkel ini untuk jawatan Clerk / Kerani, diperlukan segera. Hubungi Encik Sham di nombor telefon 019 3795796 atau 03 87052911 (pejabat).

~20180510~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih