Hari ini pelbagai dugaan melanda ketika kami nak ke tempat kerja.
Pertama, Master lupa di mana beliau letakkan kunci kereta.
Kedua, Aina muntah dalam kereta sehinggakan kami terpaksa berpatah balik selepas 12 kilometer.
Ketiga, kereta Subaru XV STI tiba-tiba tidak dapat dihidupkan selepas hantar Aina. Tersangkutlah kami di Pantai Permai.
Mommy ambil GRAB untuk ke pejabatnya manakala Master pula terpaksa ambil cuti separuh hari.
Master call bateri2u dan akhirnya bateri kereta Subaru XV itu ditukar pada jam 11:15 pagi lebih kurang.
Harganya adalah RM 300, kalau guna bateriku.com lebih murah dan ada mobile app, tapi terpaksa tunggu 2 jam.
Jangka hayat bateri ini adalah 2 tahun.
*** 9 Ogos 2018 ***
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.