Baiklah, setelah lama menyepi, kiriman Tedi kali ini adalah berkenaan kerja sekolah untuk melukis gambar pemandangan sungai yang berbatu. Kedengaran macam senang kan?.

Kandungan:

  1. Lukisan sungai berbatu oleh Daydre Hamilton
  2. Lukisan sungai berbatu oleh Karen Ilari
  3. Lukisan jeram biru berbatu Tammie Temple
  4. Lukisan Sungai Gatlinburg oleh Max McKenzie
  5. Lukisan cat landskap sungai batu Impressionist
  6. Lukisan tarikan air Blue Ridge Parkway oleh Tina Duncan
  7. Lukisan pensil pemandangan gunung sungai batu pokok

By the way, Tedi sebenarnya tidak menyepi, cuma Tedi hanya mengirim karangan yang backdated, iaitu kemaskini kepada coretan lama, kebanyakannya tambahan gambar-gambar kenangan untuk ditatap pada suatu masa nanti.

Bercerita pasal sungai berbatu ni selalunya kita nak gambarkan keadaan sungai yang cetek dengan air melalui celahan batu, jadi lukisan jeram juga sesuai untuk lukisan sungai berbatu. Sungai berbatu bermaksud sungai yang mengalir melalui batu-batu.

Lukisan sungai berbatu oleh Daydre Hamilton

Di bawah ini adalah pemandangan sungai lukisan Daydre Hamilton yang menggambarkan sungai berbatu ini yang selalunya kita panggil jeram.

gambar pemandangan Lukisan sungai berbatu oleh Daydre Hamilton

Lukisan sungai berbatu oleh Karen Ilari

Karen Ilari cuba menggambarkan pusaran air yang terjadi apabila air sungai melalui celahan batu yang sempit.

Lukisan sungai berbatu oleh Karen Ilari

Lukisan jeram biru berbatu Tammie Temple

Lukisan ini menggunakan pen dan dakwat di atas kertas warna air Arches menggunakan teknik stippling dan juga pensil warna air untuk pewarnaan air jeram tersebut.

Stippling ialah satu teknik di mana kita melukis dengan menggunakan titik titik. Lukisan ini menggambarkan suasana jeram dengan batuan hitam putih, air biru, ada sedikit rumput, dan seekor burung.

-

Lukisan jeram biru berbatu Tammie Temple

Lukisan Sungai Gatlinburg oleh Max McKenzie

Lukisan Sungai Gatlinburg Max McKenzie

Lukisan cat landskap sungai batu Impressionist

Lukisan cat sungai batu Impressionist landskap

Lukisan tarikan air Blue Ridge Parkway oleh Tina Duncan

Lukisan minyak di atas kanvas ini adalah daripada siri Blue Ridge Parkway (sebuah taman negara di Amerika Syarikat yang ada pemandangan indah) oleh artis Tina Duncan.

Menggambarkan sebuah sungai yang cetek berbatu dengan pohon hijau merimbun di kiri dan kanan sungai.

lukisan tarikan air Blue Ridge Parkway oleh Tina Duncan

Lukisan pensil pemandangan gunung sungai batu pokok

Ini sebenarnya adalah kertas dinding berkonsepkan lukisan pensil yang menggambarkan pemandangan air sungai mengalir terjun dan ada ketulan bongkah batu-batu di tebing sungai atau air terjun tersebut. Ada pokok pine sebab ni pemandangan di luar negara.

Tedi suka lukisan ni sebab mudah dan ringkas menggunakan lakaran pensil sahaja. Nampak je mudah, kalau Tedi yang lukis memang mengekeh lah jawabnya.

lukisan pensil gunung sungai batu pokok

20181101