Salah satu projek penambahbaikan kereta Proton Persona Elegance keluaran tahun 2009 warna kelabu transmisi manual ialah menggantikan bateri kawalan jauh kunci kereta Proton Persona tersebut.
Jika kawan-kawan tak tahu Proton Persona Elegance yang mana ia adalah Proton Persona lama sebelum Proton Persona SV dan boleh dikatakan Proton Persona SV adalah versi ringkas kepada Proton Persona Elegance.
Salah satu masalah yang akan timbul jika baterki kunci kereta Proton Persona ni lemah ialah sukar nak kunci dan buka pintu dan jarak dekat diperlukan untuk membuka dan mengunci pintu. Pada mulanya kami sangkakan masalah itu pada butang kunci tu kerana jika ditekan kuat ia akan berfungsi. Tapi setelah menggantikan bateri kunci kereta Proton Persona Elegance kami tu kini ia berfungsi seperti baru.
Bateri saiz apakah untuk ganti bateri kunci kereta Proton Persona?
Ini adalah persoalan pertama ketika mahu gantikan bateri kunci kereta kerana kami tak tahu saiznya.
Namun setelah dikaji, bateri kunci kereta Proton ialah bateri Lithium nipis dengan saiz CR2016. Orang kata harganya mahal lebih daripada RM 10 (sepuluh Ringgit Malaysia sahaja) tetapi kami beli dengan harga RM 5.90.
# Beli bateri lithium CR2016 3V dengan harga RM 5.90 di AEON Mall Nilai. Dua keping bateri ini diperlukan dan memang dijual 2 keping dalam satu set.
# 20190217_203956 20190217 201902
# XiaomiR Redmi Note 5A
# AEON Mall Nilai
Jangan cicirkan immobilizer semasa ganti bateri!
Sudah beli bateri kita nak kena gantikannya, kena buka skru kunci dan berhati-hati sila buat di tempat cerah dengan alas yang cerah juga kerana ada immobilizer halus dalam kunci kereta Proton Persona ni yang jika kita kehilangannya maka kita akan menangis kerana tak dapat hidupkan enjin.
Dengar cerita, nak duplicate kunci kereta Proton ni pun kena ada duit dalam RM 600, kerana nak copy dan set immobilizer ni sekali. Tu baru kereta Proton Persona kalau kereta yang lebih mahal Tedi tak tahulah.
# Gambar komponen dalam kunci kereta Proton Persona Elegance. Benda kecil berwarna hitam tu di sebelah kiri tu adalah immobilizer, sila pastikan immobilizer halus tu tak hilang atau kereta takkan dapat dihidupkan.
# Gambar immobilizer dalam kunci kereta Proton Persona Elegance dari jarak dekat.
# 20190217_205311 20190217 201902
# Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.