Semalam Mummy pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. Mummy pergi naik GRAB kereta Proton Persona pada waktu makan tengahari.

Aina pula tinggal di rumah pengasuh, jadi semalam sebaik sahaja Master habis kerja, Master terus pergi jemput Aina di rumah pengasuh.

Mummy pula menanti ketibaan kawan beliau yang bekerja di Cyberjaya menjemputnya untuk makan malam. Tempat mereka makan malam ialah di Dashbox Hotel Cyberjaya.

Aina nak keluar dari car seat

Laluan yang Master ambil kali ini adalah Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya atau lebih dikenali dengan Maju Expressway atau MEX. Pemanduan agak lancar, kami berhenti sebentar di hentian RNR Seri Kembangan untuk membetulkan posisi duduk Aina yang mula meronta nak keluar daripada car seat.

Tetapi sebenarnya ini adalah satu pencapaian yang agak mengkagumkan di mana Master berjaya travel bersama Aina tanpa kehadiran Mummy.

kerusi bayi dalam kereta, car seat baby murah jenama SPARCO
# Aina mula nak keluar dari car seat baby. Tangan dah berjaya dilepaskan dari belt car seat. Singgah di RNR Seri Kembangan dalam perjalanan menjemput Mummy di Dashbox Hotel Cyberjaya.
# car seat baby Sparco, merah

# 2019-02-14 jam 19:38:53 hari Khamis # RNR Seri Kembangan, Lebuhraya Maju (MEX) Kuala Lumpur - Putrajaya 
# XiaomiR Redmi Note 5A 20190214-193853

Tayar kereta pancit?

Kami tiba di Dashbox Hotel pada waktu Maghrib. Sebaik sahaja turun kereta kedengaran bunyi seperti tekanan udara panas dikeluarkan daripada paip. Apabila diamati semula rupa-rupanya ia adalah bunyi angin keluar daripada tayar kereta Proton Persona transmisi manual kami.

Master pergi memeriksa tayar kereta sebelah penumpang depan di mana bunyi itu kuat kedengaran dan mendapati bahawa tayar tersebut telah koyak. Baru sahaja Master meminta Tedi memeriksa senarai harga tayar kereta 15 inci untuk dijadikan panduan sebelum menukar tayar kereta Proton Persona kami pada hari Sabtu nanti, tapi ia telah koyak terlebih dahulu. Nasib baik juga ia tidak hancur terus mungkin kerana Master memandu perlahan disebabkan Aina ada di hadapan dan tiba-tiba Master terbayangkan di bahagian penumpang kiri itulah kereta Proton SAGA BLM kami ditembusi divider.

Sebenarnya telah beberapa kali Master memeriksa tayar tersebut dan Master rasa hari Sabtu ini adalah hari yang paling sesuai untuk menggantikannya.

Master bawa Aina menemui Mummy di Mya Cafe di Dashbox Hotel tersebut, kemudian Master pergi menunaikan solat Maghrib. Surau di Dashbox Hotel agak selesa cuma nampak terabai sedikit, macam tiada orang guna.

Berjalan-jalan di Dashbox Hotel Cyberjaya

Selesai menunaikan solat Maghrib, Master membawa Aina berjalan-jalan di sekitar kawasan Dashbox Hotel tersebut. Suasana di sana memang agak bagus untuk mereka yang suka bergambar kerana hiasan luarannya lain daripada yang lain. Master bawa Aina pergi melihat kolam renang yang mempunyai gelongsor di mana kita boleh gelongsor dari tingkat satu masuk ke dalam kolam renang tersebut.

Bilik-bilik di Dashbox Hotel menggunakan kontena kapal, kelihatannya macam itulah, tak tahulah jika ia adalah rekaan semata.

Aina sibuk menarik Master naik tangga turun tangga naik tangga turun tangga lagi. Ada seekor patung arnab besar berwarna hijau memakai headphone di tengah laman di depan kolam renang tapi Aina takut dengannya. Jika tidak, bolehlah suruh Aina berposing dengan patung arnab gergasi tersebut.

Master tukar tayar kereta

Selepas Mummy siap makan malam di cafe Dashbox Cyberjaya dan solat Maghrib di surau yang disediakan Dashbox Hotel, Master memulakan kerja-kerja menukar tayar kereta yang koyak tadi. Mungkin juga tayar kereta kami itu tidak berderai kerana ia tayar Continental. Jadi penerimaan terbaru ini agak menggugat keyakinan Master untuk beralih kepada tayar kereta jenama lain.

Kerja menukar tayar kereta kali ini terasa mudah sebab ada spanar berbentuk X, terasa senang sahaja membuka nat tayar kereta tanpa perlu menggunakan banyak tenaga. Selalu Master struggle juga nak buka nat tayar. Selain spanar X, ada cadangan supaya kita membawa batang paip besi yang boleh dimasukkan hujung spanar ke dalamnya kerana semakin panjang spanar maka semakin kurang daya diperlukan untuk membuka nat tayar kereta. Mungkin spanar X mempunyai daya yang lebih untuk memusingkan nat tayar kereta kerana kita boleh menggunakan dua belah tangan pada dua arah berlainan.

Selain itu jack yang ada juga mempunyai pemutar yang sangat mesra pengguna seolah-olah direka oleh seorang pembuka tayar profesional.

Alat terakhir yang membantu kerja-kerja penggantian tayar kereta Proton Persona Elegance 2009 itu ialah pam tayar kereta yang dibeli di Mr DIY, walaupun murah dan nampak koman, ia telah berjasa sekurang-kurangnya tiga kali setakat ini iaitu sekali semasa tayar kereta Subaru XV pancit di Kelantan, sekali semasa tayar kereta Mak Su Izati pancit di rumah kami, dan ini kali ketiga.

gambar pam tayar kereta, boleh digunakan untuk pam tayar basikal. pam tayar kereta berapa psi.
# pam tayar elektrik kereta kecil yang dibeli di kedai Mr DIY berjasa lagi kali ini apabila berguna untuk pam tayar ganti kereta. Rasanya pam tayar kereta ini boleh juga digunakan untuk pam tayar basikal.
# 2019-02-14 jam 21:17 malam hari Khamis
# XiaomiR Redmi Note 5A 20190214-211705
# Dashbox Hotel, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Langkah-langkah menukar tayar kereta

Berikut adalah langkah-langkah diambil Master semasa menukar tayar kereta:

  1. keluarkan tayar spare kereta
  2. letakkan tayar spare kereta di bawah kereta, sebagai alas jika jack terbalik dan sebagainya, tinggalkan sedikit ruang yang muat-muat jack. Posisi jack ialah di tengah di antara tayar kereta yang nak digantikan dan tayar ganti.
  3. letakkan jack di bawah kereta (di sebelah tayar spare tadi).
  4. angkat kereta sedikit gunakan jack, pastikan tayar masih cecah tanah
  5. buka nat tayar
  6. angkat kereta gunakan jack sehingga tayar kereta tidak mencecah tanah
  7. cabut tayar kereta, jika agak sukar boleh guna teknik tolak tarik (macam goncang tayar kereta tu), tapi jangan ganas sangat nanti terbalik kereta, dan jangan sopan sangat.
  8. keluarkan tayar spare dari bawah kereta, gantikan dengan tayar yang dicabut tadi.
  9. pasang tayar spare, jangan terus ketatkan nat sebaliknya pusing keempat-empat nat sedikit demi sedikit supaya tidak senget.
  10. turunkan tayar sehingga mencecah tanah.
  11. ketatkan semua nat, boleh pijak spanar, tapi jangan ganas sangat.
  12. pam tayar ganti jika kurang angin. Pam tayar kereta berapa psi? Tekanan angin maksimum untuk tayar ganti kereta Proton Persona ialah 60 PSi.
gambar cara tukar tayar kereta
# letakkan jack di antara tayar dan tayar ganti. tayar ganti diletak di bawah kereta pada permulaan proses menukar tayar sebagai alas jika berlaku kemalangan jack tumbang dan sebagainya.
# XiaomiR Redmi Note 5A 20190214 210730
# Dashbox Hotel, Cyberjaya, Selangor, Malaysia

Master jangkakan pemanduan akan jadi tidak selesa kerana tayar ganti Proton Persona ni kecil, lebarnya separuh lebar tayar sebenar, macam tayar motosikal saja rupanya. Tetapi selesa juga memandu menggunakan tayar ganti tersebut, cuma harus waspada kerana kelajuan maksimum dibenarkan ialah 80 kilometer sejam.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah dari Dashbox Hotel Cyberjaya.

 

16 Feb 2019 5:41 pagi