- Seperti hari-hari Isnin sebelumnya, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan iaitu Lebuhraya Seremban-KL.
- Tetapi tidak seperti biasa, Master tiba-tiba sahaja tiada mood untuk memandu laju, Master hadkan kelajuan hanya kepada 80 kilometer sejam.
- Seperti biasa, kami akan tersangkut dalam kesesakan jalanraya sebaik melepasi Plaza Tol Sungai Besi.
- Tidak seperti biasa, Master kali ini memilih lorong tengah berbanding lorong kanan.
Seksyen: Enjin kereta Proton Persona mati tengah lebuhraya | Tunggu lori tunda panel Takaful Ikhlas | Kos Ganti Motor Kipas Radiator Kereta di JDMH Autoservices Puncak Jalil
Enjin kereta Proton Persona mati tengah lebuhraya
- Tiba-tiba sahaja enjin kereta Proton Persona Elegance kami mati di tengah jalan.
- Master hidupkan semula enjin, enjin kereta dapat dihidupkan tetapi mati semula.
- Master melihat tolok suhu dan mendapati suhu enjin kereta berada tahap maksimum. Sebab itulah enjin kereta mati.
- Master pernah mengalami masalah yang sama semasa menyewa sebuah kereta Perodua Kancil di Kelantan, di mana enjin kereta tiba-tiba mati di lampu isyarat, menyebabkan Master terpaksa menolak kereta tersebut ke kawasan yang sesuai sambil dihon oleh pemandu-pemandu lain. Dah nampak kereta kena tolak pun sibuk nak hon, tunggulah kalau kena pada muka sendiri nanti baru padan dengan muka. Enjin kereta Perodua Kancil itu panas kerana kebocoran radiator. Pengalaman Master itu membantu Master mengenali masalah yang sedang dihadapi.
- Nasib kami baik, jalan itu agak menurun, menyebabkan kereta kami mampu meluncur secara melahu tanpa enjin dihidupkan, dan kereta Proton Persona kami adalah transmisi manual menyebabkan kereta kami boleh bergerak.
- Master memasang hazard light dan perlahan-lahan menyusur ke tepi, nasib baik kami berada sebelum susur keluar ke Komplek Sukan Nasional, jadi kereta Proton Persona Elegance kami boleh dihentikan di sana tanpak menghalang trafik.
- Nasib kami baik kerana semua kenderaan macam faham termasuklah motosikal menyebabkan mereka memberi laluan mudah kepada kereta Proton Persona kami untuk ke tepi jalan.
- Master menghentikan kereta kami di belakang sebuah kereta Proton Waja, kebetulan kereta milik seorang pakcik berbangsa India itu turut mengalami masalah kepanasan enjin. Cuma dia nampak wap air keluar daripada enjin, jadi mungkin masalah keretanya ialah kebocoran pada radiator.
- Kereta pakcik itu tidak mati enjinnya, cuma berasap, dan dia menghadapi kesukaran untuk ke tepi jalan kerana kenderaan lain terutamanya motosikal macam tak faham masalah yang dihadapinya.
- Master memeriksa radiator dan mendapati bekalan air dalam tangki simpanan radiator masih berbaki, menunjukkan bahawa masalahnya bukanlah air dalam radiator kering. Air radiator dalam tangki simpanan itu berasap kerana kepanasan, dan apabila Master periksa sekali lagi, air tangki simpanan radiator Proton Persona itu telah kering sama sekali! Master ambil bekalan air Mummy dan tuang ke dalam tangki simpanan radiator tersebut. Bekalan air kecemasan yang selama ini banyak dalam kereta, tiada apabila diperlukan.
- Master menunggu enjin menyejuk dan cuba hidupkan enjin kereta, setelah suhu naik ke 90 darjah celsius iaitu suhu biasa enjin kereta Proton Persona, kipas radiator masih tidak bergerak, sekaligus memberitahu Master bahawa masalahnya berkaitan dengan kipas radiator kereta.
- Masalah kipas radiator kereta tak bergerak bukanlah satu masalah enteng, jadi Master menelefon talian bantuan panas Takaful Ikhlas yang segera menghantar sebuah lori tunda ke kawasan kereta kami tersadai. Masalah ini memerlukan bantuan pakar yang tentunya hanya boleh diperolehi di bengkel kereta.
Kereta Proton Persona Elegance tersadai di tepi Lebuhraya KL-Seremban betul-betul selepas Plaza Tol Sungai Besi kerana enjin mati akibat terlalu panas.
Master periksa dan dapati bahawa motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance kami tidak berfungsi.
# 4 Mac 2019 jam 09:40 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_094049 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Unnamed Road, Taman Serdang Raya, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Master periksa dan dapati bahawa motor kipas radiator kereta Proton Persona Elegance kami tidak berfungsi.
# 4 Mac 2019 jam 09:40 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_094049 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Unnamed Road, Taman Serdang Raya, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Tunggu lori tunda panel Takaful Ikhlas
Tunggu lori tunda datang. Aina tak mahu duduk dalam kereta Proton Persona semasa kami tunggu lori tunda panel insurans Takaful Ikhlas datang. Master bawa dia menyorok di tepi kereta almaklum saja di tepi lebuhraya...
# 4 Mac 2019 jam 10:07 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_100717 20190304 201903
# Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
# 4 Mac 2019 jam 10:07 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_100717 20190304 201903
# Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A
Lori tunda panel insurans Takaful Ikhlas sampai dan selesai menaikkan kereta Proton Persona Elegance kami.
# 4 Mac 2019 jam 10:33 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_103305 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
# 4 Mac 2019 jam 10:33 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_103305 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Taman Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Kos Ganti Motor Kipas Radiator Kereta di JDMH Autoservices Puncak Jalil
- Pemandu lori tunda panel insurans Takaful Ikhlas yang peramah itu menurunkan kami di bengkel kereta JDMH Autoservices yang terletak di Jalan PUJ 3/8 Taman Puncak Jalil. Banyak bengkel kereta di Puncak Jalil tu dan pemandu lori tunda tu turunkan kami di JDMH Autoservices yang kelihatan kurang pelanggan pada masa kejadian.
- Mekanik di situ memeriksa enjin kereta Proton Persona kami tu untuk mengetahui jika enjin telah terjejas. Enjin terlalu panas boleh menyebabkan kerosakan kepada enjin dan memerlukan enjin dibaiki. Kaedahnya si mekanik akan memastikan sama ada air radiator telah masuk ke dalam enjin. Katanya jika itu berlaku keadaan minyak enjin akan kelihatan seperti teh tarik. Kos pembaikan enjin akan memerlukan wang ribuan Ringgit Malaysia.
- Nasib kami baik kerana kelihatan enjin Proton Persona kami tidak terjejas.
- Mekanik memeriksa keadaan kipas radiator dan mendapati kipas radiator kereta Proton Persona kami tidak berfungsi. Dia juga menunjukkan bahawa compressor penghawa dingin kereta tidak bergerak. Dia tunjuk ke arah belt compressor tapi Tedi dan Master nampak berpusing ja. Kami sebenarnya tak tahu mana compressor tu tapi Master iyakan sahaja. Mungkin sebab itulah kebelakangan ini penghawa dingin kereta Proton Persona kami tak berapa sejuk?
- Tokay bengkel kemudian memberikan anggaran kos ganti motor kipas radiator kereta Proton Persona, seperti berikut:
- Motor kipas radiator jenama APM: RM 380
- Motor kipas radiator jenama Denso: RM 270
- Upah ganti motor kipas radiator enjin kereta Proton Persona: RM 50.
- Master kata nak guna motor kipas radiator jenama Denso, tapi pemilik bengkel kata tak boleh, kena ikut jenama apa yang kereta kami gunakan sekarang. Master rasa macam tak logik, tapi terima sajalah kan. Nak pilih macam mana lagi? Kereta dah tersadai di tempat orang.
- Jika Master semak harga dalam talian, harga motor kipas radiator enjin kereta Proton Persona tidak sampai RM 300 pun, paling mahal RM 250. Pak Lang Epul kata harga motor tu cuma RM 120.
- Master minta diskaun, dan tuan kedai bagi kami harga RM 380, tak ambil upah katanya.
Anggaran kos menggantikan kipas motor radiator Proton Persona ELegance ialah RM 380 (jenama APM) dan RM 270 (Denso) dan kos upah RM 50.
Jenama motor kipas radiator kena ikut jenama yang digunakan sekarang.
Kereta Proton Persona kami menggunalkan motor kipas radiator jenama APM.
#4 Mac 2019 jam 11:26 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_112645 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: JDMH Autoservices, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Jenama motor kipas radiator kena ikut jenama yang digunakan sekarang.
Kereta Proton Persona kami menggunalkan motor kipas radiator jenama APM.
#4 Mac 2019 jam 11:26 pagi hari Isnin
# IMG_20190304_112645 20190304 201903
# Xiaomi Redmi Note 5A
# Lokasi: JDMH Autoservices, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor
6 Ulasan
Harap2 dah okay persona tu
BalasPadamalhamdulillah setakat ni okay walaupun bos bengkel tu kata tak pasti okay tak. hopefully semua selamat.
Padamsemoga dipermudahkan urusan..
BalasPadamamin. terima kasih.
PadamDia pakai brg original tu. Nanti bila dah rosak motor fan tu baca balik post ni baru tau original ke x :)
BalasPadamKalau betul original atau barang Proton patut tahan lagi 10 tahun.. :)
PadamTapi selalunya barang dari bengkel tak setahan barang asal.
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.