Saban hari Aina mengajak ke taman sejak kami bercuti lama di Kelantan sementara menanti kehadiran Aidan. Malangnya permintaan Aina itu agak sukar untuk dipenuhi kerana di kawasan Wakaf Bharu sukar diketemui taman permainan.
Tidak seperti di negeri Selangor di mana taman permainan senang ditemui kerana disediakan oleh pemaju taman perumahan. Pemaju taman perumahan di sekitar Wakaf Bharu lebih tertumpu kepada pembinaan rumah semata-mata. Mungkin kerana di sini taman perumahan tidak popular dan jumlahnya pun kurang menjadikan sesiapa sahaja pembelinya terpaksa menerima apa yang ada.
Pantai Geting Rupanya
Jadi sebagai alternatif, Master membawa Aina bermain di Pantai Sri Tujoh. Tetapi setelah Tedi kaji nampaknya pantai itu bukan Pantai Sri Tujuh, sebaliknya ia adalah Pantai Geting yang terletak bersebelahan Pantai Sri Tujuh, cuma kalau nak ke sana papan tanda Pantai Sri Tujoh menjadi panduan, selain MRSM Tumpat yang terletak berdekatan juga.
Friday, 31 May 2019, 18:37 # 20190531 # COLOR_POP # Xiaomi Redmi Note 5A # 64FC+P8 Tumpat, Kelantan # Pantai Geting, Tumpat, Kelantan #
# Friday, 31 May 2019, 18:44 # IMG_20190531_184436 # Xiaomi Redmi Note 5A #
Aktiviti di Pantai Geting di Tumpat di Kelantan
Apa lagi yang boleh dibuat di tepi pantai? Main air laut la kan?
Berikut adalah beberapa kemudahan atau aktivit yang boleh didapati di Pantai Geting.
- Menginap atau bermalam di resort di tepi pantai.
- Membeli dan bermain layang-layang, tetapi sepanjang pengalaman kami penjualan layang-layang ni tidak selalunya ada.
- Makan dan minum dengan pelbagai juadah yang dijual di medan makan di Pantai Geting.
- Mandi laut tapi tak nampak ramai orang mandi laut.
- Solat di surau yang disediakan.
- Bermain di taman permainan kanak-kanak.
- Nampak ada kuda tapi tak pasti jika boleh disewa.
- Sertai fun fair yang kadangkala dibuat di Pantai Geting
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.