Berastagi adalah salah satu lokasi persinggahan kami semasa melancong ke kota Medan di Indonesia. Berastagi ni terletak di Sumatera Utara.
Kandungan: T-Shirt Berastagi, Menunggang Kuda di Pasar Buah Berastagi
Jika nak diceritakan suasananya adalah satu lokasi di tempat tinggi jadi cuacanya sejuk. Ia diapit oleh dua gunung berapi iaitu Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung, menjadikan tanahnya subur untuk aktiviti pertanian kerana gunung berapi ni gunung berapi aktif. Hasil pertanian di sini memang tak boleh nak ceritalah, memang besar-besar belaka.
T-Shirt Berastagi
Gambar t-shirt kanak-kanak Beras Tagi berwarna putih yang memaparkan beberapa lokasi pelancongan seperti Gunung Sibayak, Bukit Gundaling, Raja Berneh, Pajak Buah, Pasar Hitam, Taman Bunga Tongkoh, Gunung Sinabung, Desa Lingga, dan Mickey Holiday Resort.
# Sunday, 24 March 2013, 10:24 # 20130324 Medan (150).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D #
# Sunday, 24 March 2013, 10:24 # 20130324 Medan (150).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D #
Menunggang Kuda di Pasar Buah Berastagi
Animasi pelancong sedang menunggang kuda sambil diperhatikan petugas keselamatan (mungkin polis).
# Sunday, 24 March 2013, 10:45 # 20130324 Medan (194)-ANIMATION.gif # Canon EOS 500D # Pasar Buah Berastagi # Jl. Gundaling, Tambak Lau Mulgap I, Kec. Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22152, Indonesia #

0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.