بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Riangnya, Riangnya, Mentari bersinar Nyalaan semangat dirinya Bagai angin berhembus Akur permintaan ibu bapa tercinta Tidak dia berlari lagi Pilunya, Pilunya, Tidak dia berlari lagi Riangnya, Riangnya, Pilunya, Pilunya, Adakah dapat ku teruskan |
Coretan ini disiapkan oleh Master pada 20030620 [20 Jun 2003, 16:16:20] di Universiti Teknologi Malaysia di Skudai di Johor di Malaysia.
Ia adalah peringatan kepada dirinya bahawa walau sesukar mana pun perjuangannya di universiti, ia perlu diteruskan, kerana ia adalah mimpi seorang gadis anak kepada seorang nelayan.
Coretan ini kemudiannya diikuti oleh "Suasana".
Ini adalah catatan yang ditemui bersama coretan Master ini:
Dedikasi khas buat bonda yang sedia berkorban memastikan kami dapat belajar, hanya kerana bonda tidak mahu pengalaman yang ditempuhinya dialami oleh kami.
Bagaimanapun, adakah berbaloi usaha bonda itu? Dapatkah kami mencapainya?
Tedi agak berterima kasih kepada Master untuk coretan ini kerana ia menceritakan sedikit bagaimana kesukaran hidup keluarga nelayan.
Mungkin kawan-kawan pelik kenapa tajuknya ialah "Riangnya: Sebuah Perjuangan"? Sebenarnya sebagai simbolik bahawa di sebalik ke-riang-an seseorang itu mungkin ada ke-pilu-an yang tidak kita ketahui.
~ tolong sedekah klik iklan yang ada ya... terima kasih... ~
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.