بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sejenak mengimbau
Kehadiran diri ini
Menempuh hidup di dunia
Kadangkala terasa bagai tidak bererti
Tiada bermakna

Rantaian taqdir ketentuan Illahi
Tidak dipersalahkan
Kerana setiap satu pilihan diri
Syukur dan kufur
Dosa dan pahala
Pilihanku

Kenangan lalu ingin dikembalikan
Mengubah yang terjadi
Ungkapan kalau usah disebutkan
Sedarlah
Hari berlalu takkan berulang lagi
Tiada guna daku meratapi pemergian semalam
Cukuplah pengalaman menjadi pengajaran
Buat menempuh masa depan

Berserah kepada Tuhan
Segenap nafas dan degupan jantungku
Setiap peredaran darah di tubuh ini
Diatur teliti oleh-Nya

Rantaian taqdir ketentuan Illahi
Menempuhi hari-hari
Semoga tidak salah memilih
Antara redha dan murka Tuhan.

30 Ogos 2005, 11:01:43, 20050830


~20150830~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih