بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Nocturne Buat Diriku
Sekilas terkenangkan dirimu
Apakah khabar dirimu di sana..?
Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir
Adakah dirimu serupa... resah dengan sepiku
Ku rasakan itulah hakikatnya
Jari jemariku mengetik papan kekunci
Mataku menatap skrin berona
Sekilas wajahmu menerpa
Apa khabar dirimu di sana..?
Benarlah ku bekerja ini
Mengejar cita kita
Namun jika ia bermakna dikau kesepian
Adakah daku membuatmu terluka
Adakah dikau mengerti..?
Ku rasa dikau cuba mengerti
Cuma mungkin daku tidak memahami
Saatku kelemahan… dikau menguatkan diriku
Tapi tika dirimu perlu berteman
Adakah aku menyedari..?
Kekadang aku menyesali nasib diri
Melibatkan dirimu dalam kisah hidupku
Pantas aku menafi
Semoga aku insan yang diciptakan buatmu
Sekilas terkenangkan dirimu
Apakah khabar dirimu di sana..?
Sepimu mengundang resah...sejenak ku terfikir
Adakah dirimu serupa... resah dengan sepiku
Ku rasakan itulah hakikatnya
Aku menukilkan coretan ini
Tidak ditujukan buat dirimu
Namun hanya pengubat rindu... yang tidak dapat ku nafi
Tidak ku harap ia indah bermakna
Hanya coretan sepi... menawar kepedihan hati
Ku mainkan nocturne… penghibur diriku
Ku coretkan nukilan… nocturne buat diriku
Dikau begitu tabah
Sehingga daku merasakan dikau begitu gagah
Terlupa daku dikau tulang rusuk lembut terkebawah
Perlu dijaga dan dikasihi
Maafkan diri ini kerana tiada di sisimu ketika ini
Kisah di sebalik "Nocturne buat diriku"
Ia adalah kenangan semasa Master bekerja di Universiti Malaysia Kelantan dan meninggalkan Mummy di Kuala Lumpur.
Pada masa ini Master sering memainkan lagu Nocturne untuk hiburkan hati.
Nocturne adalah irama yang diaspirasikan daripada suasana malam dimainkan dengan piano. Ia mempunya chords yang tertentu. Selalunya muzik Nocturne ini membuat kita sayu.
Perhubungan jarak jauh diiringi dengan muzik Nocturne, menghasilkan "Nocturne buat diriku"
13 Mei 2008, 11:42:13 || 20080513
~20080513~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
2 Ulasan
Menusuk hati.. terasa sarat menanggung suatu kerinduan tu
BalasPadamowh ye ke? tak pula Tedi rasa begitu.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.