بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


 

LONDON: Bos Newcastle Steve Bruce berharap pemain termahal kelab itu, Joelinton mula menemui sentuhannya di Tyneside selepas menjaringkan gol dan melakukan umpanan dalam kemenangan 2-0 di Crystal Palace.

Palace yang turun tanpa Wilfried Zaha akibat positif COVID-19, dikejutkan dengan dua gol pelawat dalam tempoh dua minit terakhir.

Gambar Penyerang Newcastle United Joelinton meraikan jaringan ke atas Crystal Palace di Selhurst Park. - Foto AFP
Penyerang Newcastle United Joelinton meraikan jaringan ke atas Crystal Palace di Selhurst Park. - Foto AFP

Joelinton mengumpan bola untuk Callum Wilson menjaringkan gol ketujuhnya sejak berpindah dari Bournemouth, dan kemudian pemain Brazil itu menjaringkan gol Liga Perdana ketiganya sejak perpindahan 40 juta pound (RM216.74 juta) dari Hoffenheim pada Julai 2019.

"Ia tidak penting tentang harga dan dari mana anda datang, ada ketika anda memerlukan masa.

"Dalam kes Joe, harga dan jersi nombor sembilan kadang-kala membuat anda sedikit sukar.

"Tetapi dia mahu berjaya. Kita mula melihat kekuatan sebenarnya," kata Bruce.

Kemenangan melonjak Magpies ke tangga ke-10 - mengatasi Manchester City, Manchester United dan Arsenal.

Kekalahan kedua berturut-turut Palace pula menyaksikan mereka kini tergelincir ke tangga ke-13 liga. - AFP

Gambar Penyerang Newcastle United, Callum Wilson (dua dari kiri) melihat bola rembatannya masuk ke gawang Crystal Palace pada perlawanan awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Newcastle United, Callum Wilson (dua dari kiri) melihat bola rembatannya masuk ke gawang Crystal Palace pada perlawanan awal pagi tadi. - Foto AFP

Sumber: Bruce harap Joelinton kekal rentak (bharian.com.my)
November 28, 2020 @ 7:36am, 20201128


~20201128~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih