بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini kami memulakan perjalanan menuju ke Taiping. Rencananya adalah untuk tinggal di sana untuk dua malam dan kemudian tinggal di Ipoh satu malam.

Tujuan utama adalah untuk melawat opah Mummy di Ipoh yang uzur, manakala singgah di Taiping ini adalah aktiviti sampingan untuk membawa Aina dan Aidan berjalan-jalan di Taiping.

Hari 1 Singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi di Futurise di Cyberjaya
Singgah di Stesen Petronas Au Long dan masjid Au Long
Singgah di Taman Tasik Taiping
Singgah makan Yong Tau Fu di Kompleks Penjaja Taiping
Menginap di SSL Traders
Hari 2 Bersarapan di hotel SSL Traders
Melawat Zoo Taiping
Makan di Casual Market
Hari 3 : Daftar Keluar dari Hotel SSL Traders Kamunting
Melawat Muzium Perak
Singgah di Penjara Taiping
Singgah di Kolej Multimedia TM
Singgah di kaki Bukit Larut
Naik Bot dan Kayuh Basikal di Taman Tasik Taiping
Makan cendol di Restoren Ansari Famous Cendol
Singgah di Masjid Changkat Jering

Singgah Restoran Mee Udang Laut Segar Pak Hashim di Kuala Sepetang
Daftar masuk di Hotel Excelsior Ipoh

 

Singgah di kedai makan Bawal Power Sempoi di Futurise di Cyberjaya

Kami memulakan perjalanan dalam jam 12:30 tengah hari.

Google Maps yang Master set dalam kereta Subaru XV STI 2015 itu memandu kami mengambil jalan melalui Kota Warisan - Cyberjaya - Lebuhraya Elite.

Memandangkan sudah tengah hari dan kami melalui Cyberjaya, Mummy mencadangkan kami singgah makan di kedai makan Bawal Power Sempoi.

 

Singgah di Stesen Petronas Au Long dan masjid Au Long

Sebaik saja melepasi plaza tol menuju ke Taman Tasik Taiping, terbau sesuatu yang kurang enak.

Aidan berak.

Kami singgah di stesen minyak Petronas Au Long untuk membereskan Aidan sambil Master ambil peluang tunaikan solat di surau di sana.

Malangnya surau itu dikongsi lelaki dan perempuan manakala tempat wudhunya terletak di luar.

Nampak macam sesiapa yang memiliki stesen minyak Petronas itu tidak faham permasalahan aurat wanita semasa nak berwudhu.

Hal ini menyebabkan kami terpaksa singgah di masjid Au Long untuk Mummy tunaikan solat jamak takhir asar dan Zuhur.

 

Singgah di Taman Tasik Taiping

Kami sampai di Taman Tasik Taiping ketika hampir Maghrib.

Sempatlah swafoto beberapa keping.

 

Singgah makan Yong Tau Fu di Penjaja Taiping

Kemudian kami menuju ke Yong Tau Fu Bomba yang khabarnya terkenal di Taiping ni.

Di sana kami makan Yong Taufu berharga RM 27, Roti Nan Cheese berharga RM 7, sepinggan kecil kerang bakar berharga RM 7, dan minuman terdiri daripada ABC Aiskrim, jus Fresh Orange, Nescafe Tarik, dan Teh O Ais semuanya berharga RM 13.

 

Menginap di SSL Traders

Kami ambil Executive Suite.

Aturan dalam bilik bagus, tiada komen. Air pancuran laju di bilik air membuatkan Aina dan Aidan buat pertama kali bersungguh-sungguh mandi air pancuran.

Nasib baik air panasnya okay, suam-suam sahaja, maka tidaklah Aidan menjerit mengamuk kerana kulitnya disentuh air sejuk.

Malangnya tiada WIFI di dalam bilik, katanya kalau nak guna WIFI kena pergi ke lobi, agak mengecewakan kerana pada masa sekarang orang bekerja gunakan internet dan tentulah lebih selesa jika bekerja dari dalam bilik yang kita sewa.

Kalau nak terlelap semasa bekerja pun tiada masalah. Kalau di lobi tentunya tidak selesa.

<Kembali ke atas>

Hari Ke-2

Bersarapan di hotel SSL Traders

Penginapan kami di hotel SSL Traders ini termasuk pakej sarapan pagi, jadi tidaklah pening sangat nak cari sarapan tambahan pula terpaksa berperang dengan Aina dan Aina pada waktu pagi.

Itu pun Master terpaksa kejutkan budak-budak tu pada jam 9 pagi, takut tutup pula kafe di mana sarapan pagi disediakan. Kafe akan tutup untuk sarapan pagi pada jam 10:30 pagi.

Kami diberi peluang untuk memilih 2 set hidangan daripada 4 pilihan.

Selain itu turut disediakan buffet set roti bakar, cereal, buah-buahan, salad, kopi, teh, susu dan jus.

 

Melawat Zoo Taiping

Kemudian kami melawat Zoo Taiping. Ramai pengunjung menanti giliran menaiki train dan tram tetapi bayang mini train dan tram itu tiada kelihatan.

Maka kami ambil keputusan untuk berjalan kaki, satu keputusan yang kemudiannya disesali kerana lenguh mendukung Aina dan Aidan, serta hujan yang membuatkan kami tersadai.

Tambahan pula tidak beberapa lama kami berjalan, berderet keretapi mini dan tram memenuhi lorong-lorong di kawasan Zoo Taiping tersebut.

Gambar Aidan dan Aina teruja melihat Singa di Zoo Taiping. Air parit yang memisahkan antara Singa dan pengunjung zoo nampak hijau. Mungkin tidak dibersihkan dan boleh difahami kenapa tidak dibersihkan # Thursday, 31 December 2020, 14:13 # 20201231 # IMG_20201231_141346.jpg # Xiaomi M2003J15SC #
Gambar Aidan dan Aina teruja melihat Singa di Zoo Taiping. Air parit yang memisahkan antara Singa dan pengunjung zoo nampak hijau. Mungkin tidak dibersihkan dan boleh difahami kenapa tidak dibersihkan # Thursday, 31 December 2020, 14:13 # 20201231 # IMG_20201231_141346.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak #

 

Makan di Casual Market

Kemudian kami ke Petronas Tupai untuk mengisi minyak, sebelum menyambung perjalanan ke Casual Market.

Di sini kami makan satay Basri, mee goreng mamak, air batu campur. Satay Basri ni memang sedap dan patut dijadikan sasaran jika anda ke sini.

Satay Basri di Casual Market di Taiping di Perak di Malaysia sedap dimakan tak perlu cicah kuah. # Thursday, 31 December 2020, 17:17 # 20201231 # IMG_20201231_171736.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi M2003J15SC #
Satay Basri di Casual Market di Taiping di Perak di Malaysia sedap dimakan tak perlu cicah kuah. # Thursday, 31 December 2020, 17:17 # 20201231 # IMG_20201231_171736.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi M2003J15SC #

Mi goreng mamak tidak berapa sesuai dengan deria rasa lidah Tedi hehe.

 

Sambut tahun baru 2021 di bilik hotel

Pada waktu malam kami hanya melepak dalam bilik. Aina dan Aidan tidur awal pada malam ini. Tetapi mereka terjaga pada tengah malam. Dapatlah mereka menyaksikan bunga api yang diletupkan melalui jendela bilik hotel. Mungkin bunga api itu dimainkan di bandar Taiping?

gambar Aidan dan Aina uang baru sahaja terjaga dari tidur teruja menyaksikan bunga api dari tingkap bilik hotel SSL Traders sempena sambutan tahun baru 2021. # Friday, 1 January 2021, 00:04 # 20210101 # IMG_20210101_000448.jpg # Xiaomi M2003J15SC #  
Aidan dan Aina uang baru sahaja terjaga dari tidur teruja menyaksikan bunga api dari tingkap bilik hotel SSL Traders sempena sambutan tahun baru 2021. # Friday, 1 January 2021, 00:04 # 20210101 # IMG_20210101_000448.jpg # Xiaomi M2003J15SC #

 

Hari Ke-3

Daftar Keluar dari Hotel SSL Traders Kamunting

Seperti semalam, kami bersarapan pagi dengan menu yang sama.

Kemudian kami berkemas untuk daftar keluar.

Gambar Aina sedang menarik beg dan menyeberangi jalan untuk ke kereta
Aina menarik beg baju dia dan Aidan setelah kami daftar keluar dari Hotel SSL Traders Kamunting. # Friday, 1 January 2021, 12:05 # IMG20210101120552.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 #

 

Melawat Muzium Perak

Kami berpusing tanpa tujuan maklumlah tiada rancangan apa-apa. Ketika dalam perjalanan tu kami terserempak dengan Muzium Perak, maka kami pun ambillah peluang untuk bergambar di sana.

Tak masuk dalam muzium pun sebab ramai pelancong dan ruang terhad sempena wabak Covid-19 ni. Tetapi di bahagian luar pun dah cukup kerana ada beberapa objek bersejarah dipamerkan di luar.

Gambar basikal terpanjang yang bersambung di antara satu sama lain sebanyak 10 buah basikal kalau tidak silap. Basikal ini dikayuh sempena sambutan United Nation International Day of Peace Kayuhan Keamanan 2018 Sempena 135 Tahun Muzium Perak Taiping pada 22 Sept 2018 (20180922) jam 8 pagi.
# Friday, 1 January 2021, 12:46 # 20210101 # IMG20210101124636 # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/H9mix2jM5GUGFoqW9 # Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak #
Aidan dan Aina bergambar dengan patung Robert Sandilands Frowd Walker di luar Muzium Perak. # Friday, 1 January 2021, 13:08 # 20210101 # IMG20210101130831.jpg # Kamera telefon pintar OPPO OPPO Reno2 #

 

Singgah di Penjara Taiping

Kemudian Master bawa kami singgah sebentar di Penjara Taiping sekadar tangkap gambar kenangan bukti dah sampai sana.

 

Singgah di Kolej Multimedia TM

Kemudian kami menjenguk Kolej Multimedia di mana Mummy pernah hadir latihan suatu masa dahulu. Cuma jenguk dari luar kawasan sahaja.

 

Singgah di kaki Bukit Larut

Kemudian kami singgah di kaki Bukit Larut di mana orang ramai meletakkan kenderaan mereka sebelum memulakan pendakian.

 

Naik Bot dan Kayuh Basikal di Taman Tasik Taiping

Akhirnya kami tiba di Taman Tasik Taiping setelah berpusing-pusing dari kaki Bukit Larut, melewati Zoo Taiping.

Kami meletakkan kereta di Tempat Letak Kereta Nombor 4, berhampiran dengan Raintree Walk.

Aktiviti yang Master ingin lakukan ialah bawa kami naik "itik", tapi akhirnya cuma dapat bot biasa sahaja. Penat juga Master mengayuh bot tersebut sehingga terasa kejang kaki dan rosak sandal beliau.

Habis meronda di kawasan tasik, kami makan aiskrim sebentar untuk hilangkan dahaga letih mengayuh bot tadi. Padahal Master sahaja yang mengayuh.

Selepas itu kami tuju ke tempat sewa basikal.

Aina sewa satu basikal untuk kanak-kanak dengan harga MYR 5 (lima ringgit Malaysia sahaja) manakala Mummy sewa basikal dengan tempat duduk tambahan untuk kanak-kanak di bahagian hadapan. Tempoh sewaan adalah selama 30 minit.

Master pula beli air Milo ais sebelum mengejar Aina yang mengayuh basikal bersendirian. Aina baru saja pandai kayuh basikal ketika pulang ke kampung di Wakaf Bharu pada awal bulan  Disember, itu pun kayuh separuh sahaja.

Animasi Aina kayuh basikal sewa kanak-kanak di Taman Tasik Taiping
Animasi Aina kayuh basikal di Taman Tasik Taiping. Nampak macam expert kan? hehe. Cuba perhatikan kayuhannya betul-betul. # VID20210101152802-ANIMATION.gif # 20210101 #
Aidan bergaya di atas basikal sewa di Raintree Walk di Taman Tasik Taiping, Perak, Malaysia.
Aidan bergaya di atas basikal sewa di Raintree Walk di Taman Tasik Taiping di Malaysia. # Friday, 1 January 2021, 15:35 # IMG_20210101_153558 # Xiaomi M2003J15SC #
lukisan keluarga menunggang basikal
Sewa 2 buah basikal untuk ditunggang oleh Aina, Mummy dan Aidan di Taman Tasik Taiping.
# Friday, 1 January 2021, 15:31 # OPPO Reno2 # IMG20210101153142 #

 

Makan cendol di Restoren Ansari Famous Cendol

Sebelum meninggalkan bumi Taiping ini kami singgah ke kedai makan Restoren Ansari Famous Cendol.

Ya cendolnya terasa menyegarkan walaupun cuma Cendol Kacang, tapi jangan diminta untuk diubahsuai resepi seperti tak nak letak gula, memang tak sedap, terasa macam sesuatu yang hanyir.

Ini adalah pengalaman kami yang memesan cendol tanpa gula untuk Aidan.

Aksi Aina makan cendol di Restoren Ansari Famous Cendol (Taiping) di Perak di Malaysia
Aksi Aina makan cendol siap gunakan dua sudu untuk kaut bahan-bahan yang ada. # Friday, 1 January 2021, 16:56 # 20210101 # IMG_20210101_165653_1 # Xiaomi M2003J15SC # Restoren Ansari Famous Cendol(Branch), Taiping #
Gambar Aidan menghirup cendol di kedai makan Restoren Ansari Famous Cendol cawangan Taiping
Gaya si Aidan yang pertama kali jumpa cendol, hirup cendol sampai muka masuk dalam mangkuk. Kami pesan cendol tanpa gula untuk Aidan menyebabkan rasa cendol ini sangat pelik dan macam hanyir. # Friday, 1 January 2021, 16:56 # 20210101 # Restoren Ansari Famous Cendol (Branch), Taiping # IMG_20210101_165659_1 # Kamera telefon pintar Xiaomi M2003J15SC #

Pakcik di meja sebelah kata dia pernah makan di cawangan di Pulau Pinang tetapi tidak sesedap cendol di cawangan Taiping ni dan harganya lebih mahal.

Apabila Tedi belek gambar-gambar lama, rupa-rupanya Mummy dan Master pernah sampai ke sini pada 20121230 iaitu lebih kurang 8 tahun dahulu menumpang kereta kawan Master ketika ada hari keluarga pejabat Master di Lost World of Tambun.

Lokasi: https://goo.gl/maps/tcGGp7P3Nz8AyL2b9 

 

Singgah di Masjid Changkat Jering

Sebenarnya Master sudah menghala ke Ipoh apabila ada perubahan rancangan iaitu untuk makan mee udang di Kuala Sepetang. Maka Master pun mencari tempat untuk buat pusingan-U iaitu di simpang kedai sebelum Masjid Jamek Changkat Jering. Kami mengambil peluang untuk berhenti menunaikan solat jamak takhir di Masjid Changkat Jering.

gambar kanak-kanak sedang bermain di halaman masjid Changkat Jering
Aina dan Aidan sibuk bermain di halaman Masjid Changkat Jering semasa kami singgah di sana untuk tunaikan solat jamak takhir. Masjid yang bersih dan kemas. Tetapi lubang tabungnya sangat istimewa sehinggakan sukar untuk ditemui. Mungkin banyak kes pecah tabung masjid. # Friday, 1 January 2021, 18:36 # IMG_20210101_183657.jpg # Xiaomi M2003J15SC # Changkat Jering, 34850 Changkat Jering, Perak # https://goo.gl/maps/xmkw2y3jz2KMQK4z8 #

 <Kembali ke atas>

Singgah Restoran Mee Udang Laut Segar Pak Hashim di Kuala Sepetang

Alang-alang dah sampai Taiping baik singgah Kuala Sepetang. Jaraknya lebih kurang 8 kilometer dari Taiping.

Kami singgah di Restoran Pak Hashim tetapi sebenarnya ada banyak lagi kedai makan yang sediakan hidangan mee udang di sana.

Nasib baik mee udangnya memang sedap, walaupun tak serupa seperti mee udang Kuala Selangor, di mana di Restoran Mee Udang Laut Segar Pak Hashim ni kuahnya macam kuah mee hailam.

Gambar hidangan Mee Udang Laut Segar di Restoran Pak Hashim di Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
Gambar hidangan Mee Udang Laut Segar di Restoran Pak Hashim di Kuala Sepetang. # Friday, 1 January 2021, 20:20 # IMG_20210101_202043.jpg # Xiaomi M2003J15SC #

Selepas makan mee udang kami beredar menuju ke destinasi seterusnya iaitu Hotel Excelsior Ipoh.

Papan tanda Restoran Mee Udang Laut Segar Pak Hashim di Kampung Kuala Sepetang. # Friday, 1 January 2021, 20:48 # 20210101 # IMG_20210101_204843_HHT.jpg # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/Lhkxpv44Vytgy9vF8 # Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang, Perak #

 

Daftar masuk di Hotel Excelsior Ipoh

Akhirnya lebih kurang jam 11 malam (nanti minta Master semak masa kejadian), kami daftar masuk ke Hotel Excelsior Ipoh.

Entah dajjal mana la yang letakkan lokasi palsu Hotel Excelsior Ipoh yang membawa kami ke kawasan perumahan di Jalan Sultan. Jadi semasa guna Google Map atau Waze tu sila periksa nama jalan tu betul-betul. alamat yang Jalan Sultan tu menipu.

Kami buat tempahan melalui atas talian, dapat harga dalam MYR 200, manakala kakitangan di kaunter tu kata kalau main terjah sahaja (walk-in) harganya cuma MYR 150. Kami tambah lagi 1 hari kerana tak mahu tergesa-gesa pulang ke Sepang.

Lepas daftar masuk kami pusing-pusing mencari makanan.

 


~20201230~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih