بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Beli Tudung di Kilang Tudung Zahra Premium

Tujuan kami kembara kami di Kelantan kali ini adalah untuk mencari tudung bawal yang cantik batunya dan murah harganya. Mummy telah mengetahui mengenai Zahra Premium melalui Facebook, jadi dia ajak kami ke sana.

Aina menemani Mummy beli tudung di Kilang Tudung Zahra Premium sementara Aidan dan Master tunggu dalam kereta. Sepatutnya Aina tak ikut Mummy pada musim Covid-19 ni tapi dia dah terjun turun dari kereta dulu. Ni gaya biasa Aina mengelak gambarnya diambil. # Saturday, 19 December 2020, 16:57 # 20201219 # IMG20201219165742.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Zahra Premium Sdn Bhd. LOT 5089A KOMPLEKS KILANG IKS PKINK, Jalan 1/44, Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Kota Bharu, Kelantan. # https://goo.gl/maps/hJhY2pwrGSRWPQ7U7 #

Singgah di Stesen Petronas Jalan Padang Tembak

animasi gambar Aidan sedang makan biskut bayi
Kami singgah di Petronas Jalan Padang Tembak di Pangkalan Chepa untuk menguruskan Aidan yang berak. # Saturday, 19 December 2020, 18:00 # 20201219 # IMG20201219180030-ANIMATION.gif # OPPO Reno2 # Lot PT 623, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Jalan Padang Tembak, 16100 Kota Bharu, Kelantan # https://goo.gl/maps/9M6HzZrPXxGHaup3A #

Singgah di Pujaan Kekal

Selepas selesai uruskan Aidan, kami kembali ke Kawasan Perindustrian Mara Pengkalan Chepa untuk mengintai tempat kerja lama Mummy. Mengintai hanya dari luar pagar.

Gambar papan tanda syarikat Pujaan Kekal Sdn Bhd pada tahun 2020.
Singgah di Pujaan Kekal Sdn. Bhd. sebab Mummy nak tengok bekas tempat kerjanya dulu selepas beliau habis belajar di universiti sebelum beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. # Pujaan Kekal Sdn. Bhd. Membaiki dan menjual alat-alat ganti kenderaan berat # Saturday, 19 December 2020, 18:06 # 20201219 # IMG20201219180623.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan # https://goo.gl/maps/fpqyQdmTdTvMPxVG9 #

 

Singgah di Kampung Pantai Dasar, Sabak

Ini adalah lokasi yang telah beberapa kali kami kunjungi kerana di sini dahulu mak saudara Mummy berniaga. Khabarnya kedai makan beliau telah tenggelam ditelan laut kerana hakisan pantai. Turut tenggelam ialah bunker atau kubu pada zaman perang Jepun dulu yang ada di kawasan Pantai Sabak. Itu menurut cerita tempatan. Tedi belum mengkajinya.

Mungkin sebab itulah kampung ini mendapat nama Kampung Pantai Dasar? Mungkinkah simbolik kepada pantainya yang kini berada di dasar laut?

Pantai Dasar Sabak ini kalau cari peta agak pelik kerana sukar dijumpai, mercu tanda paling dekat ialah Madrasah Pantai Dasar Cempaka cuma kita tak masuk ke simpang ke madrasah tersebut. Pantai Dasar Sabak dikatakan adalah pantai di mana tentera Jepun mendarat pada Perang Dunia ke-2 ketika mahu menakluk Tanah Melayu atau Malaya pada masa itu.

Agak ironi kawasan yang mempunyai nilai sejarah ini macam tidak dipedulikan oleh kementerian yang menjaga industri pelancongan negara. Entah-entah jika dibangunkan kawasan ini akan menjadi tumpuan warga Jepun yang mahu mengimbau zaman kegagahan mereka ketika Perang Dunia ke-2? Atau mungkin sahaja kementerian berkenaan telah menyelitkan sejarah itu di tempat lain. Tiadalah Tedi mengetahuinya.

Kami melalui Jalan Pantai Sabak sehingga ke hujung dan setelah menyeberangi jambatan Gertak Pantai Dasar Sabak kita disambut oleh kedai satar dan otak-otak juga beberapa kedai makan dan gerai di tepi benteng yang dibina menggunakan bongkah-bongkah batu besar.

Bukan itu sahaja rupanya. Setelah meletakkan kereta di satu kawasan tanah lapang Aina dan Aidan teruja melihat kucing, kambing dan juga ikan yang diternak oleh penduduk kampung di sana. Mereka teruja sebab mana mereka boleh jumpa pemandangan sebegitu. Ada tu ada tapi bukan selalu. Tedi tengok di Korea produk pelancongan sebegini adalah normal. Bayangkan kawasan ini menjadi hentian pelancongan setempat bukan sahaja boleh mempelajari sejarah malah boleh belajar cara hidup tradisional di kampung.

Selain itu apa yang boleh dibuat di Pantai Dasar Sabak ialah memanjat batu untuk melihat laut. Tiada pantai di sini. Tetapi tak tahulah jika kita akan menemui pantai jika menyelusuri sepanjang benteng bongkah batu ini. Tapi hati-hati ketika memanjat kerana ada ruang di antara batu dan batu-batunya bukanlah rata, kita boleh jatuh jika silap langkah dan tersepit pula di antara ruangan tersebut.

Gambar ombak keras menghempas benteng batu yang dibina bagi menghalang hakisan.
Gambar ombak kuat sedang menghempas benteng Pantai Dasar Sabak. Tidak hairanlah Pantai Dasar Sabak hilang ditelan laut. # Saturday, 19 December 2020, 18:32 # IMG20201219183215.jpg # OPPO Reno2 # Kampung Pantai Dasar, Kota Bharu, Kelantan #

Selain itu kelihatan juga gerai dan kedai makan yang menjadi tumpuan pengunjung.

gambar Antara gerai yang ada di tepi benteng Kampung Pantai Dasar yang menjual pelbagai makanan dan minuman
Antara gerai yang ada di tepi benteng Kampung Pantai Dasar yang menjual pelbagai makanan dan minuman seperti Kerabu Maggi Biasa (MYR 3), Kerabu Maggi Special (MYR 5), Air Boba (MYR 3), Ayam Cheese (MYR 3), Ayam Penyet Cheese, Jagung Bakar. Mungkin kumpulan peniaga di sini perlu bekerjasama untuk memajukan lagi perniagaan mereka dengan menjadikan tempat ini unik dan tular mahu dikunjungi orang ramai. # Saturday, 19 December 2020, 18:45 # 20201219 # IMG20201219184531.jpg # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 #

Apa yang membuatkan Kampung Pantai Dasar ini unik ialah ia seperti terpisah oleh sungai dan dihimpit pula oleh laut. Kita terasakan macam berada di satu kampung yang terasing.

Animasi Aidan dan Aina di benteng bongkah batu Pantai Sabak.

Animasi daripada jujukan siri gambar Aidan dan Aina bergaya di benteng batu Pantai Sabak di sekitar Kampung Pantai Dasar. # Saturday, 19 December 2020, 18:48 # 20201219 # IMG20201219184804-ANIMATION.gif # Kamera telefon pintar OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/U4nmoGzLRzekrui86 #
Kampung Pantai Dasar. Aidan was here. Nama Kampung Pantai Dasar di Jalan Pantai Sabak dalam tulisan jawi dan rumi. # Saturday, 19 December 2020, 18:51 # IMG20201219185130.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/ybqXFowwwTTSV5449 #

Sebelum balik Aina dan Aidan mengambil peluang bergambar dengan satu mercu yang ceria yang dibina oleh kedai satar dan otak-otak Zuki Satar. Syabas Tedi ucapkan kepada mereka. Macam inilah baru jadi tumpuan pengunjung. Warna yang ceria terasa macam di Korea atau Jepun pula, walaupun cuma hiasan ringkas. Mercu ini menjadi tumpuan bergambar sekaligus mempromosi kedai Zuki Satar ni. Malangnya kedai Zuki Satar ini tiada Tedi jumpa dalam Google Map.

Ketika sampai ada orang lain yang bergambar di sana, sebab itulah kami bergambar di situ ketika balik.

Gambar Aina dan Aidan sedang berbincang sesuatu mengenai Kampung Pantai Dasar ketika duduk di mercu Welcome Pantai Dasar Zuki Satar. Mercu yang ceria ini menyambut kedatangan pelancong membuatkan kami berasa seperti berada di luar negara. Macam inilah baru betul sediakan suasana ceria, tidaklah kusam atau biasa-biasa sahaja. Walaupun ringkas ternyata ia membangkitkan mood pelancong. Syabas kedai Zuki Satar. # Saturday, 19 December 2020, 18:52 # IMG20201219185220.jpg # OPPO Reno2 #

Tedi telah mencuba otak-otak di sini dan ia tidak sama seperti otak-otak yang biasa kita makan yang berwarna merah tu. Otak-otak di sini berwarna kelabu seperti satar. Rasanya pun macam satar juga. Berbaloi membelinya tetapi kenalah datang awal kerana kedua-dua juadah ini laku macam pisang goreng panas.

Tedi sertakan Street View untuk kalian meninjau suasana di sana, tapi macam biasalah gambar Street View tak sama macam gambar yang Tedi rakam:

 


~20201219~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih