بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Risik Penapis Air di KIP Mall

Usai membeli-belah di Ninso kami ke KIP Mall Kota Warisan pula untuk bertanyakan mengenai penapis air untuk dipasang di luar rumah. Dah banyak kali lalu di depan kedai tu tetapi selalunya tiada orang yang menjaganya. Memandangkan Aidan terlelap sebaik saja masuk dalam kereta, hanya Mummy masuk ke dalam KIP Mall.

Kelihatan dari tempat kami menunggu ini banyak juga kedai dalam KIP Mall ni. Boleh dikatakan di sekitar Bandar Baru Salak Tinggi hanya KIP Mall pasaraya yang sesuai untuk beli barangan harian. Selalunya kami ke Bandar Baru Nilai yang mempunyai TESCO, Giant, AEON Mall dan Mesa Mall. Tetapi pada masa perintah kawalan pergerakan (PKP) ini tidak dibenarkan merentas negeri maka terpaksalah ke KIP Mall Kota Warisan.

picture while waiting in the car outside KIP Mall Kota Warisan while Mummy went to ask about the water filter to be installed outside the house. Aidan is asleep after a tiring day of shopping at Ninso. * KAFE Secret Recipe * Rogers Roasters Deliciously Healthy * MR. DOLLAR * tealive * Grab
Menunggu dalam kereta di luar KIP Mall Kota Warisan sementara Mummy pergi bertanyakan pasal penapis air untuk dipasang di luar rumah. Aidan sedang tidur selepas penat membeli-belah di Ninso. * KAFE Secret Recipe * Kenny Rogers Roasters Deliciously Healthy * MR. DOLLAR * tealive * Grab # Sunday, 25 April 2021, 15:23 # 20210425 # IMG_20210425_152313.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A# https://goo.gl/maps/YDynPUsAdKFBoFX68 #

Mummy tempah penapis air yang gunakan membran berharga MYR 2000 ke atas.


~20210425~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih