بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Solat Jumaat di Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Besi)
Silap label pula nama masjid, Master terlupa bahawa dia menunaikan solat jumaat di Masjid Besi di Putrajaya.
Gambar yang Master rakam semasa solat Jumaat di Masjid Besi di Putrajaya di Malaysia. Ketika ini Aina dibawa ke Hospital Putrajaya kerana masalah pernafasan dan menerima rawatan di Unit Kecemasan. Aina ditahan di wad untuk terima rawatan lanjut. Umur Aina pada masa ini ialah 1 tahun 5 bulan. # Friday, 20 July 2018, 14:12 # 20180720 # IMG_20180720_141232.jpg #
Hantar GL ke Unit Hasil Hospital Putrajaya
Unit Hasil Hospital Putrajaya. Sila fax surat jaminan / GL ke 03-88889275 / 0769. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan bil dan pendaftaran masuk wad sila hubungi 03-83124200 sambungan... # Friday, 20 July 2018, 17:57 # IMG_20180720_175754.jpg # 20180720 # XiaomiR Redmi Note 5A #
Lebih kurang jam 6 petang kami dimaklumkan bahawa Aina kena ditahan di wad. Master menggunakan Micare untuk proses kemasukan ke wad dan ternyata proses itu tidak semudah disangka mungkin kerana sudah di luar waktu pejabat. Masalah dan urusan menggunakan Micare itu telah dijelaskan dengan panjang lebar dalam kiriman bertajuk Guna GL MiCare di Hospital Putrajaya.
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.