بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Gambar dua orang kanak-kanak sedang berjalan di taman rekreasi
Kami di sini. Buat pertama kali kami betul-betul singgah di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City. Sebelum ini hanya jenguk-jenguk sahaja. Umur Aina pada masa ini ialah 4 tahun 6 bulan 22 hari, manakala umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 14 hari. Tujuan hadir ke Giverny Park Sunsuria City ni pada hari ini sekadar jalan-jalan makan angin buat menghilangkan bosan terperap di rumah. # Sunday, 12 September 2021, 17:05 # IMG_20210912_170502.jpg # Xiaomi M2003J15SC #

Apabila kami tiba di taman rekreasi tersebut kami melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara mereka yang berkelah sambil makan-makan, ada yang berlari, berjalan, menunggang basikal, bersenam, bermain bola keranjang, duduk-duduk di bangku melihat pemandangan, manakala kanak-kanak pula ada yang bermain di taman permainan.

gambar seorang budak lelakik sedang duduk di atas bangku di taman rekreasi di Sepang
Gambar seorang budak lelaki bernama Aidan sedang duduk atas bangku bertemakan klasik di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City. Jika kena gaya mungkin boleh berlakon seolah-olah bercuti di luar negara Malaysia... hihihi. # Sunday, 12 September 2021, 17:05 # 20210912 # IMG_20210912_170526.jpg # Xiaomi M2003J15SC #

Perkara pertama yang menarik kami ke taman rekreasi ini ialah kewujudan sebuah tasik besar di tengah-tengah Giverny Park Sunsuria City dengan air pancut gergasi. Ada sebuah jambatan merentangi tasik ini.

gambar seorang kanak-kanak perempuan bernama Aina sedang berdiri di tepi jambatan melihat pemandangan tasik
Aina sedang berada di atas jambatan yang merentangi sebuah tasik di Giverny Park Sunsuria City. # Sunday, 12 September 2021, 17:08 # IMG_20210912_170810.jpg # Xiaomi M2003J15SC #

Bagi kanak-kanak pula, jangan risau kerana selain menikmati keindahan alam di taman rekreasi Giverny Park, anda boleh bermain permainan yang disediakan di taman permainan kanak-kanak di situ.

gambar dua orang kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang bermain jongkang-jongket
Gambar Aina dan Aidan sedang bermain papan jongkang-jongket di taman permainan kanak-kanak di taman rekreasi Giverny Park Sunsuria City Sepang Selangor. # Sunday, 12 September 2021, 17:13 # IMG_20210912_171356.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Terdapat lot kedai di kawasan ini tetapi belum beroperasi. Tedi dapat bayangkan pada suatu masa nanti tempat ini akan menjadi tumpuan ramai terutama jika ada kedai makan dibuka di kawasan ini.

 


~20210912~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih