Catatan

Fokus

De5 Homestay (Homestay Wakaf Bharu, Kelantan)

Imej
Hari ini Tedi nak promosi sebuah homestay Wakaf Bharu juga homestay Tumpat kepada mereka yang mahu menginap di Negeri Kelantan Darul Naim. Navigasi Cepat: Harga | Pengenalan | Tempat Menarik | Lokasi & Peta 💰 Harga Sewa De5 Homestay Harga Semalaman: MYR 120.00 sahaja Hubungi Pemilik: 012-929 2102 (Cikgu Ismail) Selain kadar semalaman, De5 Homestay juga menerima sewaan sehingga sebulan dengan harga lebih berpatutan. Harga ini adalah harga baru semenjak Oktober 2019 kerana unit telah dipasang penghawa dingin. ⚠️ AMARAN PENIPUAN: Tuan homestay mendapati unit ini diiklankan di Booking.com dengan harga RM 176. Itu adalah PENIPUAN . Sila berhubung terus dengan Cikgu Ismail. 🏠 Pengenalan & Galeri De5 Homestay De5 Homestay (Delima Homestay) terletak di Kampung Delima, jajahan Tumpat. Ia berhadapan dengan Jalan Bunut Susu - Kubang Batang dan bertentangan dengan Masjid Mukim Delima. Pemandangan luar De5 Homestay berhadapan Masjid Mukim Delima. Bilik tidur selesa dengan penyama...

KeMaS CTU membakar diriku | 20160618

Imej
Pembangunan Sistem Coretan Sebelum Tidur: Transisi Kod, Pangkalan Data & Sistem KeMaS CTU بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan Kiriman Ekstrak Data Pengguna PosBO Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Peluang Kembali Mengekod Dan Cabaran Pangkalan Data Logo CTU - Sistem KeMaS CTU yang bakal diambil alih untuk pembangunan modul laporan. # 18 Jun 2016 # 20160618 # KeMaS CTU # Sebelum tidur rasa nak conteng sikit dalam interpretZZ ni.. hehe.. Ekstrak Data Pengguna PosBO Pagi tadi duk godek-godek PosBO untuk keluarkan data pengguna yang berada di luar sana. Alhamdulillah sukses. Pengambilalihan KeMaS CTU Daripada Mr R Kemudian sibuk kacau Mr R untuk dapatkan status KeMaS CTU, minta pangkalan data daripada beliau. Kesian beliau asyik terganggu dek pertanyaan demi pertanyaan, sedangkan beliau masih bergelut nak siapkan KeMaS RFID. KeMaS CTU itu pun sebenarnya setelah Tedi periksa stat...

Nostalgia Senja di Lebuhraya: Memori Sony Ericsson K550i | 20100610

Imej
Kenangan Jalanan Nostalgia 'Klip' Lama: Kisah Di Sebalik Tabir Lensa 2 Megapiksel بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Kandungan Kiriman Langit Senja 10 Jun 2010 Kesan Motion Blur Dan Suasana Jalanraya Kamera Sony Ericsson K550i & Sentuhan Vintage Kapsul Masa Perjalanan Waktu Senja di lebuhraya yang dirakamkan pada petang Khamis, 10 Jun 2010. # Thursday, 10 June 2010, 18:42 # 20100610 # DSC00247 # Sony Ericsson K550i # Langit Senja 10 Jun 2010 Menatap gambar ini membawa fikiran melayang kembali ke petang Khamis, 10 Jun 2010. Masa itu jam menunjukkan pukul 6:42 petang. Langit senja kelihatan kelabu mendung, tipikal cuaca tropika di kala hari mahu melabuhkan tirai. Ada celahan cahaya keemasan yang cuba menembusi awan tebal di ufuk, memberikan sedikit kontras kepada suasana yang suram. Kesan Motion Blur Dan Suasana Jalanraya Imej ini dirakam dalam perjalanan, berkemungkinan besar dari da...

Berkebun malam hari... | 20130522

Imej
Berkebun Rajin Menjaga Kebun Di Malam Hari Kerana Terinspirasi Balik sahaja dari sekolah, Tedi terus menghadap kebun. Jam dah menunjukkan jam 10 malam, sebab ikut Mommy & Master dinner di restoran berdekatan. Mesti Mommy pelik kan? Tiba-tiba sahaja rajin, hahaha. Kandungan Kiriman Inspirasi Daripada Blog Our Simple Garden Baja Najis Ayam Dan Proses Merumput Misteri Bunyi Kaisan Tanah Di Malam Hari Semangat Tedi Takkan Menyerah Kalah Inspirasi Daripada Blog Our Simple Garden Ini gara-gara membaca kiriman Our Tropical Garden - Updates May'13 oleh kak Ummu Aidan la ni. Tak sia-sia masukkan blog beliau dalam bloglist Tedi , memang bermanfaat! Walaupun ada sedikit perasaan cemburu kepada kehijauan kebunnya itu. Kalau Tedi kenal anak kak Ummu Aidan tu, nak hasut dia sabotaj kebun mak dia! Hahahahahahahahahahaha. (Rahsia tau, jangan bagitahu kak Ummu Aidan.) Baja Najis Ayam Dan Proses Merumput Tedi mula meletakkan baja najis ayam yang Master ambil dari ...

Rona Hijau | 20100716

Imej
Kenangan Koleksi Gambar Kenangan Di Rumah Flat Desa Mentari Koleksi gambar ini merupakan cebisan memori lama sewaktu menetap di Flat Desa Mentari. Walaupun ringkas, setiap sudut dan barangan kecil di sini menyimpan cerita serta suasana kehidupan yang tersendiri pada waktu itu. Kandungan Kiriman Patung Mainan Bubuk dan Tetot Jam Dinding Di Bilik Utama Flat Desa Mentari Bubuk dan Tetot. # Jumaat, 16 Julai 2010, 09:30 malam # 20100716 # Sony Ericsson K550i # Dua patung mainan comel ini dinamakan Bubuk dan Tetot. Pada waktu malam sebegini, selepas penat bermain seharian, mainan inilah yang menjadi peneman setia. Kehadiran mereka di atas katil atau ruang tamu sentiasa membawa suasana mesra dan menceriakan bilik rumah flat yang serba sederhana ini. Jam dinding di dinding bercat hijau epal di bilik di rumah flat Desa Mentari. # Jumaat, 16 Julai 2010, 09:30 malam # 20100716 # Sony Ericsson K550i # Jam dinding yang tergantung rapi pada dinding bercat hijau epal d...

Kenapa Bayi Menangis? | 20140402

Imej
Petang Ahad, 2 April yang lalu, Aina sampai dari Sungai Besar , dibawa oleh Tok Ma dan Tok Abah. Dia tidur sahaja pada waktu petang tersebut, sehinggalah ketika Master sedang melakukan kerja-kerja mengalihkan dua pohon kurma di belakang rumah, Aina sibuk melalak. Master menghentikan kerja-kerja mengalihkan  pohon-pohon kurma untuk membancuh susu, manakala Mommy pula tak habis-habis merungut kenapa Master lambat siapkan susu formula si Aina. Tapi bila diberi susu si Aina ni macam tak mahu minum pula dah. Ditolaknya botol susu tersebut. Fenomena ini menyebabkan Tedi tertanya-tanya apakah punca bayi menangis?

Master... pakai macam Mommy.. baru la matching! | 20130518

Imej
Kisah Life Bila Isteri Kata: "Abang, Pakai Baju Yang Ini..." Ah sudah, terbaca lagi entri Diana Rashid . Tak apa la, kali terakhir baca yang ini. Nak tambah sedikit ulasan untuk entri tersebut yang bertajuk "ABANG..PAKAI YANG INI...." . Kandungan Kiriman Adat Pasangan Memakai Baju Sedondon Masalah Utama Suami Siap Awal Adat Pasangan Memakai Baju Sedondon Sudah menjadi adat untuk pasangan mahu mengenakan pakaian yang sepadan iaitu selalunya sama warna, jika tidak sama corak, atau sama tema. Tetapi seringkali terjadi cuma golongan wanita sahaja yang mahu kenakan pakaian yang matching dengan pakaian pasangan mereka. Bagi lelaki pula mereka akan bersiap dan selalunya kenakan apa yang selesa dipakai, sehinggalah tiba-tiba si isteri berkata, "Eh abang... pakai yang ini." Master selalu kena isu ini bila Mommy suruh pakai baju sama warna. Set pakaian baju Raya warna biru untuk pasangan suami isteri agar tampil sedondon dan sepadan. Mast...

Pengetam Rambut Enchen Sudah Sampai | 20211009

Ulasan Produk Pengalaman Membeli Mesin Pengetam Rambut Xiaomi Enchen Boost بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Akhirnya sampai juga mesin pengetam rambut yang Master beli melalui portal beli-belah Shopee . Mesin berharga MYR 33 (tiga puluh tiga Ringgit Malaysia sahaja) itu dibeli pada 20210804, dan kemudian dihantar penjual ke PosLaju pada keesokan harinya. Hari ini 20210809, ia sampai setelah 5 hari. Padahal PosLaju dari Bangi sahaja. Pada zaman Covid-19 ini orang ramai tidak lagi pergi ke kedai gunting rambut kerana takut dijangkiti virus tersebut. Jadi salah satu pilihan yang ada ialah dengan membeli mesin pengetam rambut ini dan pandai-pandailah rapikan rambut sendiri. Paling senang dicukur botak. Master pun sudah rimas dengan rambut yang terlalu panjang dan akhirnya membuat keputusan untuk membeli mesin pengetam rambut tersebut. Kandungan Kiriman Beli Xiaomi Enchen Boost Kenapa Beli Xiaomi Ench...

Popular