MELAKA: Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial yang dikeluarkan Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam dekat sini.
Shara Azlin Jalil, 23, dari Petaling Jaya, Nur Moana Ishak, 21, (Kuala Lumpur), dan Nor Nadia Dayana Md Saroni, 21, (Kuala Terengganu), adalah antara 146 graduan yang menerima sijil juruterbang pesawat komersial pada Konvokesyen MFA di sini, semalam.
Mereka mengikuti 'Commercial Pilot License With Instrument Rating Course' di MFA selama 66 minggu sehingga menamatkan kursus tahun lalu.
Shara Azlin, ketika ditemui bersyukur dan bangga kerana cita-citanya menjadi kenyataan.
"Saya amat bangga kerana menjadi kumpulan wanita pertama yang dilahirkan menerusi MFA," katanya yang kini menjadi juruterbang pesawat Airbus A320 di AirAsia.
Sumber: http://www.mfa.edu.my/article%2081.htm pilot wanita malaysia
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.