gambar sebuah tin susu buruk berkarat di atas tanah di atas rumput.
Tin buruk kosong yang sudah berkarat ini,
Hanya terbiar di tepi sebuah kawasan perkuburan,
Di Wakaf Mek Zainab Kelantan Darul Naim.

Suria memancar menyinari pagi,
Menyinari diri,
Menyinari tin buruk itu jua.

Lantas terpantul sinar kemilau,
Walau hampir segenap ruang,
Pada permukaannya dijangkiti karat-karat besi,
Tanda sudah dimamah usia.

Pagi hari tatkala menanti,
Aku sedari aku sendiri,
Tanpa teman yang jauh negeri,
Tapi masih beruntung kerana tidak terbuang,
Tidak terhindar,
Seperti tin kosong buruk di tepi kuburan.

Hasil nukilan: Master Tedi semasa menunggu rakan sekerjanya menjemput dirinya ke pejabat pelanggannya di Kelantan, meninggalkan Mommy seorang diri di ibu negara Malaysia.

 


tanda pagar: 

kitar semula= gunakan semula barangan yang telah digunakan sama ada dalam bentuk asal atau diolah semula.
peribahasa in english= proverb
kamus simpulan bahasa
tabung duit= bekas untuk simpan duit.
cara menabung duit= paling senang asing dan tabung duit MYR 20 atau MYR 5. cara lain masukkan dalam akaun Tabung Haji, atau PRS, atau saham amanah, atau beli saham. Kaji risiko anda.
peribahasa bahasa inggeris 
kamus bahasa kelantanboleh rujuk di kamus kelantan loghat kelate 
bau bau bacangsejenis peribahasa
maksud bau bau bacang ialah 1.Pertalian keluarga yang sudah jauh. 2. Tali persaudaraan yang jauh.
1 May 2009