Suatu masalah yang menggembirakan?

Bangunan penjara seperti ini hanya akan tinggal sejarah kerana para banduan sudah tidak sudi untuk menginap di dalamnya.

 

 
Mungkin la kot?
 
Belanda "terpaksa" menutup 8 penjara di mana 1200 manusia kehilangan kerja kerana penurunan kadar jenayah menyaksikan negara itu kekurangan banduan!
 
Ini adalah kontra kepada situasi pada tahun 90-an apabila penjara-penjara di negara itu penuh sesak.
 
Warden Penjara Arlon di Belgium sedang menutup pintu pagar utama.
Pada masa ini Belanda mempunyai tempat untuk 14000 banduan di mana hanya 12000 banduan yang ada, Kementerian kehakiman Belanda menjangkakan kadar itu akan terus menurun, jadi Belanda sedang berusaha untuk mengimport 500 banduan Belgium ke penjara di Tilburg.