Sedili merupakan kawasan yang aktif dengan kegiatan perikanan, sesuai dengan kedudukannya yang dikelilingi laut dan sungai.
- Tanjung Sedili dikatakan sebagai kawasan paling selatan Malaysia.
- pihak interpretzz merujuk Kuala Sedili sebagai Sedili di kawasan kuala Sungai Sedili Besar. Tanjung Sedili lebih sinonim dengan kawasan ini.
Bangsal nelayan Kampung Semayung dikatakan dilengkapi dengan sistem penyejukbekuan untuk menyimpan hasil perikanan |
Ikan segar Kuala Sedili |
Pengangkutan awam - bas Johore Motor. Gambar bas Johore Motor di Sedili Kechil .. |
Polis Marin Kuala Sedili - mengawal perairan negara. |
Surau di jeti Kuala Sedili |
Plak perasmian Kompleks Perikanan LKIM Sedili. Dirasmikan oleh YB Datuk Seri Hj. Sanusi bin Junid, Menteri Pertanian Malaysia. Pada hari Khamis 16 Oktober 1986 bersamaan dengan 12 Safar 1407. |
Deretan bot nelayan berlabuh di Kompleks Perikanan LKIM Sedili |
Jambatan Kuala Sedili kini menggantikan pengangkutan air. Menghubungkan Sedili Kecil dan Sedili Besar. |
Jeti kecil seperti banyak kelihatan sepanjang Tedi mudik sungai menggunakan bot kecil. |
Jeti kecil |
gambar pemandangan tepi sungai dengan jeti kecil berwarna biru di sepanjang Sungai Sedili membuktikan kepentingan pengangkutan air di sana. |
*** Sep 12, 2010 ***
2 Ulasan
Indahnya suasana
BalasPadambetul.. bukan senang dapat naik perahu sebagai medium pengangkutan pada zaman ini.. kita lebih gemar menaiki kereta motosikal.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.