Kandungan:

  1. Siput Babi dalam Bahasa Inggeris
  2. Siput Babi bernafas melalui apa?
  3. Siput Babi makan apa?
  4. Siput Babi bertelur

Gambar Siput Gergasi Afrika / Giant African Land Snail

Ramai blogger salah faham dengan menyatakan siput ini hanya boleh didapati di Afrika. Kenyataan itu boleh dikatakan silap kerana siput ini telah diberitakan menyerang Miami Florida.

Bila Tedi lihat sekali imbas nampak Siput Gergasi Afrika ni macam Siput Babi yang popular di Malaysia? Tedi pun tak pasti kenapa dipanggil Siput Babi? Mungkin sebab dia suka sondol apa ada dalam laluannya tak kira apa jua pun?

Setelah Tedi melakukan kajian melalui Google ternyata bahawa Giant African Land Snail ini adalah Siput Babi dengan nama saintifiknya Achatina fulica. Siput ini adalah siput daratan dan berjalan menggunakan perut dan bernafas menggunakan paru-paru. Siput Babi berasal dari Afrika sebelum dibawa ke India pada kurun ke-20 dan merebak ke benua Asia. Siput Babi dianggap sebagai haiwan perosak dan aktif pada waktu malam. Tetapi ada manusia yang makan Siput Babi yang dijadikan sate.

Berhati-hati dengan siput ini kerana ia mungkin membawa parasit yang boleh menyebabkan meningitis.

Siput Babi dalam Bahasa Inggeris

Nama biasa Siput Babi dalam Bahasa Inggeris adalah Giant African Land Snail atau dipendekkan menjadi Giant African Snail.

Gambar seseorang memegang siput gergasi Afrika di meja komputer atau meja kerja di sebelah katil beliau. Kelihatan papan kekunci komputer dan beberapa buah buku.

 

Gambar seekor siput gergasi Afrika di atas tapak tangan seseorang tanpa beralaskan seurat benang pun.

Siput Babi bernafas melalui apa?

Siput Babi bernafas melalui organ yang dipanggil pneumostome atau sifon. Organ pernafasan Siput Babi ini terdiri daripada saluran udara yang terbuka dan terletak di bahagian sisi badannya, berhampiran dengan kepala. Udara diambil melalui pneumostome dan masuk ke dalam sistem pernafasan siput melalui serangkaian saluran udara kecil yang dipanggil trakea. Trakea membawa udara ke seluruh badan siput dan memberi oksigen untuk proses respirasi sel serta membantu mengeluarkan karbon dioksida yang dihasilkan oleh proses metabolisme. Pneumostome juga boleh ditutup untuk membantu menjaga kelembapan dalam badan siput dan mencegah kehilangan air yang terlalu banyak.

Gila apa letak seekor Siput Gergasi Afrika di muka? Geli pula Tedi melihatnya. Gambar seorang wanita meletakkan seekor siput babi pada wajahnya di antara dua matanya di atas batang hidungnya sambil matanya tertumpu kepada siput tersebut.

Siput Babi makan apa?

Siput Babi biasanya makan pelbagai jenis tanaman dan sayuran, seperti daun hijau, buah-buahan, akar, dan bunga.

gambar siput babi sedang makan buah kiwi
Gambar dua ekor Siput Gergasi Afrika sedang makan buah kiwi. Mahal kot buah kiwi tu sedap-sedap je nko siput makan ye... huhuhu... Dah rezeki nak buat macam mana kan?

Siput Babi bertelur

Siput Babi adalah binatang yang bertelur atau ovipar. Siput Babi raksasa betina biasanya akan menghasilkan sekelompok telur yang dikenali sebagai kumpulan telur atau klutch. Kuantiti telur dalam satu kumpulan telur boleh mencapai 100-400 biji bergantung pada saiz siput betina dan keadaan persekitaran.

Gambar dua ekor Siput Gergasi Afrika berwarna coklat pekat dan coklat muda di atas tapak tangan seseorang yang memakai sarung tangan getah berwarna biru muda.

 


 

Siput dalam bahasa inggeris ialah snail.