Master bawak Tedi jalan-jalan ke satu tempat, tak sure la apa nama dia? Kota Damansara agaknya. Pastu tiba-tiba Master kata nak singgah solat kat satu masjid.
Tedi tengok masjid ni sungguh unik, indah di atas bukit. Rekabentuknya macam kota Islam zaman dulu kala.
Apalagi, Tedi senyap-senyap la kluar kereta pastu snap sana, snap sini.
Tapi gambar tak berapa lawa sebab Tedi katik... huhu...
Cantik kan kubah dia? |
Dari bawah nampak macam kota. |
Ni pandangan dari depan setakat yang muat, masjid ni besar, Tedi tak tau camne nak muatkan 1 masjid ni dalam kamera. |
Perletakan batu asas Masjid al-Muhajrin dirasmikan oleh Anwar Ibrahim, 16 Ogos 1996. |
20110924
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.