Apa bezanya permulaan season ini berbanding season lepas?
Season lepas pun NU berada di top-5 pada awal musim, walaupun terpaksa berhadapan dgn MU pada 1st game & juga Chelsea. Namun kemenangan besar ke atas Aston Villa & Sunderland berjaya cover point. Season ini bezanya kita BELUM kalah lagi, & belum lwn top team melainkan Arsenal & Spurs.
Mungkin Pardew tak belajar drpd Wenger. Sudah berapa lama team Meriam aka G.B.S dlm senarai Big-4? Berapa piala depa dpt? Dan kita sudah berapa lama dlm Big-4? Opps... berapa minggu?
Tapi, mungkin benar gak target Pardew tu. Kita boleh aim FA Cup seperti Birmingham, sekaligus layak ke Europa Cup (betulkan menang FA Cup leh masuk Europa Cup? ingat2 lupa nih.. hehe). Dengan syrt kita tough enuff utk beat Big-Boys & juga Arsenal yg semestinya akan berusaha utk dptkn Cups yg lain stlh surrender dlm EPL.
Mungkin juga Pardew menyangka dia kembali membayangi Kevin Keegan yg prnh suatu ketika membawa NU menduduki takhta teratas EPL sebelum akhirnya di-psiko oleh Pak Alex. Dan mungkin juga dia menyangka NU sudah bermain pd top level, sedangkan kadangkala (selalu gak la, bukan kadangkala) aku lihat NU bermain pada tahap team Malaysia.
Tak kisahla Pardew, boleh aim, tapi buktikan dulu kita boleh menentang Big-Boys dgn aksi cemerlang. Kalau tak pun, beat team relegation-candidate dgn jumlah 4-0, 6-1, atau 8-2, barula boleh ek sket. Kalau setakat menang nyawa2 ikan, & asyik harapkan seri, toksahla mimpi.
Anyway, aku tetap harap NU menang malam ni (sedihnya tak dapat tengok malam ni.. huhu)
Buat skuad Penyu Malaysia pula, sila toksah menangis lagi. Benam Red-Giant. Paling best, bagi diorang Telor Penyu banyak.
***Nota kaki: G.B.S merujuk kepada Geng Budak Sekolah, geng yg menghiburkan kerna mereka ini comel-comel belaka.
Ditaip pada 20111022 oleh Master, karangan ini adalah komen kepada artikel bertajuk "Alan Pardew aiming to end Newcastle United trophy drought" oleh ESPN Soccernet
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.