Hari ini adalah hari kedua Mommy sertai aktiviti bina pasukan (teambuilding) Telekom Malaysia bertempat di Taiping. Koleksi gambar untuk hari pertama boleh didapati dalam kiriman Tedi sebelum ini yang bertajuk "Panorama: Bandar Warisan Taiping, Perak"

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti luar (outdoor) yang Mommy sertai dalam aktiviti bina pasukan bermula sekitar jam 9 pagi.

Gambar menunjukkan sebuah kereta mahal berwarna merah di hadapan papan tanda Zoo Taiping and Night Safari.

Safari malam itu menawarkan pengalaman "pemandangan dan bunyi eksotik oleh hidupan liar di Malaysia" kepada para pengunjung. Tetapi kalau menurut komen beberapa pengunjung memang berbaloi untuk sertai safari malam di Taiping kerana pada waktu malam haiwan liar agak lebih aktif berbanding pada waktu siang.

gambar kereta sport berwarna merah dengan latar belakang papan tanda Zoo Taiping Night Safari


Gambar menunjukkan batu tanda hadiah taman permainan kanak-kanak daripada Battalion ke-2, Rejimen New Zealand pada tahun 1961.

This play ground is presented to the children of Taiping by 2nd Battalion New Zealand Regiment 1961

gambar batu tanda hadiah taman permainan Taiping daripada Battalion Ke-2 Rejimen Askar New Zealand.

Sekitar jam 3:46 petang, Mommy dan kawan-kawan tiba di Kuala Sepetang yang terkenal dengan masakan Mi Udang.

Tedi tak pasti jika di Kuala Sepetang ni boleh cari Mi Udang Lipan seperti di Pantai Remis.

Agak bagus juga Mommy menangkap gambar papan tanda Kuala Sepetang ni jadi Tedi boleh agak di mana lokasi kejadian.

papan tanda Kuala Sepetang dilihat dari dalam basgambar mi udang Kuala Sepetanggambar mi udang dalam mangkuk berbentuk perahu.

*** 9 Oktober 2011 , 20111009***