Ini gambar masa Master dan Mommy bawa Tetot berjalan-jalan makan angin di sebuah taman rekreasi yang dinamakan Taman Tasik Cyberjaya.

Sampai hati Master tak bawa Tedi sekali.

Malas la Tedi nak cerita banyak-banyak kerana tiada gunanya, kawan-kawan tengok sahajalah gambar-gambar Tetot di taman rekreasi di Cyberjaya ni... sob sob...

Besarnya jam ni. Tak tau la bateri dia besar mana?
Tapi jam ni dah tak jalan dah masa tu.
Gambar jam besar di taman rekreasi Taman Tasik Cyberjaya

 

Gambar sebatang pokok di tepi tasik di Taman Rekreasi Taman Tasik Cyberjaya
Gambar sebatang pokok di tepi tasik di Taman Rekreasi Taman Tasik Cyberjaya

 

gambar papan tanda yang senaraikan semua kemudahan yang ada di taman rekreasi Taman Tasik Cyberjaya
Apa yang ada?
Pusat Informasi Pelawat (takde informasi sebab takde orang jaga)
Menara Tinjau (takleh naik sebab dah rosak)
Taman Permainan (untuk budak-budak sahaja)
Pulau 'Wind Chime' (wah, ada pulau?)
Pusat Demonstrasi & Pameran (bukan untuk demonstrasi jalanan tau!)
Tapak Perkelahan (ye ker? macam tak percaya jer!)
Jeti (bot takde pun tak guna!)

 

Tiang lampu, wakaka

 

Sila tunggu bas di sini sebab ini ialah hentian bas

 

Hi Tetot, sekor je ka?

 

Tetot ni comel, tapi Tedi lagi la comel.

 

Master kata, kalau takde semak ni, tasik ni akan 3kali lebih besar.

 

Jambatan dari parkir kereta ke Pusat Demo

 

Tetot ni jantan ke betina?
Di Pusat Demo dan Pameran.

 

Eceh, konon macho la tu?

 

Tiang dan bumbung
Pusat Demo dan Pameran.

 

Jambatan antara parkir dan Pusat Demo & Pameran
dari arah Pusat Demo
Nampak tak jam raksasa tu?

 

Pusat Demo & Pameran
Nampak macam bentuk kapalterbang?

 

Pulau 'Wind Chime'

 

Tepi Pusat Demo & Pameran

 

 

 

 

Taman Permainan untuk kanak-kanak sahaja!

 

 

 

 

 

Langit biru, awan nano

 

Taman Herba, bolehla amik serai

 

 

 

 

Pusat Demo & Pameran


Cukuplah tu, tengok gambar jer dah boleh bayangkan kan?

Sesuai untuk jogging, Master kata sepatutnya lagi luas daripada Tasik Titiwangsa, tapi disebabkan tak dijaga dengan betul laluan jogging atas air sudah mereput.
Cuba la pergi, kurang2 amik gambar masa kawin2 nanti.

Rasanya Master kata tasik ni jadi lokasi penggambaran filem Syukur 21 yang dibintangi Raihan.

Lebih maklumat?