Tedi membesar bersama kenangan di sekitar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2. Tidak dapat Tedi lupakan bagaimana Menara TM gah di kawasan Jalan Pantai Baharu ketika kawasan Kerinchi masih belum dipanjat bangunan-bangunan tinggi. Malangnya pada zaman itu kamera digital adalah sesuatu yang eksotik. Laman ini akan menyimpan beberapa foto menara-menara tersebut sekadar apa yang ada.
Menara TM, Bangsar
- juga dikenali sebagai Menara Rebung
- di kalangan peminat filem Avengers ia dikenali sebagai Stark Tower kerana rekaannya yang hampir sama dengan rekaan menara filem superhero tersebut.
TM Annexe, Bangsar
- terdapat 3 menara di mana 2 daripadanya milik TM, iaitu TM Annexe 1 dan TM Annexe 2
- menara yang ketiga itu jika namanya mungkin Annexe 3 telah terbengkalai, dan kemudiannya disiapkan dan diduduki oleh Hotel Pullman Kuala Lumpur Bangsar.
Persekitaran Menara TM, TM Annexe 1 dan TM Annexe 2
Koleksi gambar: 19 Februari 2019 | 28 September 2016: Puncak Rebung | 11 Disember 2011 | 16 Julai 2011
Kedua-dua mercu tanda ini dapat dilihat dari Lebuhraya Persekutuan, New Pantai Expressway, Bangsar South, Kerinchi Link dan sekitar Jalan Pantai Baharu.
Berdekatan dengan Masjid Universiti Malaya yang menjadi tumpuan pekerja untuk solat Jumaat.
Surau Menara Rebung juga menjadi pilihan Muslimin sekitar Bangsar untuk bersolat Jumaat kerana kita boleh menaiki LRT dan turun di Stesen LRT Kerinchi, tetapi kemudian sebuah masjid iaitu Masjid Ar-Rahah telah dibina di Bangsar South (Kampung Kerinchi) dan dihubungkan dengan Stesen LRT Kerinchi melalui sebuah jejambat menyebabkan Masjid Ar-Rahah menjadi tumpuan untuk menunaikan solat Jumaat.
19 Februari 2019
# 19 Feb 2019 jam 20:13 malam hari Selasa # 20190219 201902
# Dirakam menggunakan kamera telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A
Tetapi semasa Google Map lokasi Surau Menara TM ni jawapannya ialah Masjid Menara TM. Benarkah ia adalah sebuah masjid? atau Google Map melakukan kesilapan daftar di situ? Tedi Google Search pula dan nampak macam tak memberangsangkan bahawa ia adalah sebuah masjid.
# 19 Feb 2019 jam 20:13 malam hari Selasa # 20190219_201407 20190219 201902
# XiaomiR Redmi Note 5A
# Lokasi : Masjid Menara Tm, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
# 20190219 201902 # XiaomiR Redmi Note 5A
28 September 2016: Puncak Rebung
Menara TM adalah salah satu bangunan Tedi suka perhatikan binaannya kerana ia benar-benar menyerlahkan metafora rekaannya sebagai rebung buluh. Selalunya bangunan direka dengan metafora tertentu tetapi kita kena lihat pelan lantai baru nampak metafora apa yang diterapkan, tidak Menara Rebung yang kita perhatikan sahaja dah dapat gambarkan ke-rebungan-nya.
Puncak Menara TM adalah tajam seperti mana hujung pucuk rebung buluh. Puncak Menara TM selalu dipanggil Puncak Rebung. Tedi tak tahu apa ada dalam Puncak Rebung ni, mungkin ada bilik bos besar TM?
# 28 September 2016 jam 18:30 hari Rabu
# DSC_5274 20160928 201609
# Sony D2533
# Menara TM
05 September 2016
11 Disember 2011
# 11 Disember 2011 jam 16:33 hari Ahad
# 20111211-kenduri-yati-TM (113) 20111211 201112
# Kamera DSLR Canon EOS 500D
# 11 Disember 2011 jam 16:33 hari Ahad
# 20111211-kenduri-yati-TM (112) 20111211 201112
# Kamera DSLR Canon EOS 500D
# TM Annexe 2
16 Julai 2011
Gambar Menara TM dan TM Annexe 1 dan TM Annexe 2 yang dirakam semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Jika kawan-kawan perasan di puncak menara TM Annexe 1 dan menara TM Annexe 2 itu dicat dengan warna oren sesuai dengan warna korporat TM Berhad.
# 31 Disember 2011 jam 11:22 hari Sabtu
# 20111231-Kuala-Lumpur (18)
# Canon DIGITAL IXUS 80 IS
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.