Cuba tengok mereka ni. Sanggup bersesak dalam beca kecil itu untuk ke sekolah.

Macam mana kawan-kawan pergi sekolah?

Mak ayah hantar?

Jadi kenapa perlu lawan mak ayah?

Gambar murid-murid pergi sekolah bersesak-sesak dalam beca
Semangat waja ke sekolah walaupun terpaksa bersesak-sesak tidak menjadi masalah demi menuntut ilmu.
Sumber: http://www.myindiapictures.com

Tedi selalu jumpa ayah yang bersusah payah jemput anak dia naik motosikal. Berpanas, berhujan, bersesak dalam kesibukan kotaraya. Tedi tabik mereka. Cuma keselamatan anak perlu diutamakan. Anak kecil letaklah di depan, takut-takut mereka tertidur - satu pemandangan tidak enak yang Tedi selalu jumpa.

Apabila tengok ragam mereka yang naiki motosikal itu, Tedi bersyukur kerana kami ada rezeki untuk menaiki kereta. Alhamdulillah.

Bear pun pandai bersyukur tau.

20120505