Ini merupakan kereta berenjin tertua didunia yang masih boleh beroperasi dan berjaya dilelong dengan harga $4.62 juta, dengan 2 pembida bertarung selama 3-minit.

Kereta 1884 De Dion Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout ini menerima tepukan gemuruh apabila dipandu ke pentas lelongan di RM Auction, Hershey, Pennsylvania untuk membuktikan kereta ini masih mampu dipandu. Bermula dengan harga $500,000 ia dengan pantas menjangkau harga $1 juta, sebelum menjangkau harga $4.2 juta dan diserahkan kepada pembida tidak yang dinamakan dengan harga $4.62 juta (termasuk komisyen 10%).




Dibina 1 tahun sebelum Karl Benz dan Gottlieb Daimler mencipta enjin-letupan-dalaman oleh George Bouton dan Charles-Armand Trepardoux pada 1884 untuk usahawan Perancis (French) yang dikenali sebagai Count de Dion

Usahawan itu menamakan kereta itu 'La Marquise' sempena nama ibunya.



Pada tahun 1887, ia memenangi perlumbaan kereta pertama di dunia di mana hanya La Marquise yang berjaya berada di garisan permulaan perlumbaan! Perlumbaan itu menjangkau 32km dari Pont de Neuilly di Paris ke Versailles dan kembali dalam tempoh 1 jam 14 minit (25.9km/j). Menurut laporan, ia berjaya mencapai 60km/j di laluan lurus.




 La Marquise hanya ada 4 pemilik, kekal bersama satu keluarga untuk 81 tahun, dan telah dibaik 2 kali, sekali oleh keluarga Doriol dan kemudian oleh pengumpul British, Tom Moore pada awal 90'an. Sejak itu, ia telah mengambil bahagian dalam 4 perlumbaan London-to-Brighton dan mendapat 2 pingat emas dalam Pebble Beach d'Elegance di California pada 1997.