Karangan Tedi kali ini adalah berkenaan perkataan comel yang tentu kawan-kawan tahu maksudnya.
Comel dalam Bahasa Inggeris disebut, 'cute'. Sungguh comel disebut "so cute".
Orang Indonesia mungkin akan menegur Tedi dan berkata, "comel banget kamu ini sih" yang membawa maksud "kamu ini sangat comel".
Iya, Tedi tahu itu kerana beruang memang seekor haiwan yang comel tambahan lagi si Teddy Bear. Bahagian mana pada beruang yang membuatkan beruang itu comel Tedi tak pasti. Tedi tak rasa kawan-kawan akan pergi menyapa seekor beruang yang kawan-kawan terserempak dengannya di dalam hutan?
Tapi Tedi pasti kalian akan melakukannya jika beruang yang kalian temui itu adalah seekor Beruang Panda kerana ia adalah seekor beruang yang nampak comel sebab ia gebu dan slow motion, menjadikannya beruang yang lebih dikagumi berbanding digeruni.
Begitulah halnya dengan manusia, ada perangai kalian yang membolehkan kalian kelihatan comel dan ada juga perbuatan kalian yang akan membuatkan kalian kelihatan jelik.
Comelnya anak kucing ni, Tedi nak sekor la. logamaya.com |
Di atas ini adalah gambar seekor anak kucing yang comel. Comel bukan sahaja pada rupa, tapi pada gayanya. Jika pada manusia, comel juga boleh dikaitkan dengan bahasanya, bagaimana dia bercakap. Comel juga jika dia beradab-sopan dan bertata susila.
Keletah seseorang terutama anak kecil yang membahagiakan kita akan membuatkan kita tertawa bahagia sekaligus membuatkan dia nampak comel, manakala tingkahlaku yang tidak kita gemari akan membuatkan dia nampak jelik.
Orang ramai bisa sahaja bertanya, adakah cantik itu comel? atau comel itu seerti dengan cantik.
Susah nak dijelaskan. Orang yang comel selalunya akan membuat kita kagum dan tertawa, manakala orang yang cantik akan membuat kita kagum dan tergoda. Comel mungkin sahaja boleh dikaitkan dengan kelakar dan sedikit aksi menggeletek jiwa.
Malangnya rupa-rupanya ada perkataan mencomel yang membawa maksud berleter. sesungguhnya seseorang yang berleter itu takkan kelihatan comel, selalunya jelik, tapi bisa sahaja tampak comel kepada seseorang yang mungkin melihat aksinya itu kelakar, atau ya comel...
Comel selalunya dikaitkan dengan si anak kecil, tak kisah anak manusia mahupun anak haiwan, malah anak dinosaur pun kelihatan comel. Kenapa anak-anak bisa kelihatan comel? Kerana mata mereka kelihatan besar pada masa mereka masih kecil. Adakah mata sepet boleh dikatakan comel? Ya, boleh saja, kerana comel itu sungguh subjektif.
[co.mél] | چوميل
Definisi : /comél/; mencomel mengeluarkan kata-kata atau ucapan yg tidak tentu biji butirnya; berleter; merungut. mencomeli berleter kpd; meleteri; mengomeli. comelan apa-apa yg dileterkan; kata-kata yg tidak tentu biji butirnya; leteran; sungutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. (24)
Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, (25)
Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; (26)
Dan campuran minuman itu adalah dari "Tasnim": (27)
Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya). (28)
Surah Al-Mutaffifin - QS 83:24-28
20120705
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.