بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Woof! Woof! Bisingla anjing-anjing di luar rumah ni, Tedi nak tidur pun tak lalu.

Gambar sekumpulan anjing liar
Anjing yang terbiar akan berkumpulan kerana mereka memang hidup dalam kumpulan.

Banyaknya anjing, tak masuk akal pula sebab kawasan ni kawasan orang Islam dan Tedi tau orang Islam tak bela anjing (walaupun bela anjing tu tak haram).

Orang Islam bukan tak sayang anjing, bukan tak suka, tapi kerana patuhi perintah Allah S.W.T, maka mereka redha. Bukannya disuruh seksa anjing pun, cuma dilarang makan anjing, dan najis menyentuhnya. Bukannya tak boleh sentuh, cuma bila sentuh wajib dibasuh mengikut kaedahnya kerana anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah (najis berat).

Al-Quran pun ada sebut dibolehkan makan buruan yang diburu menggunakan haiwan pemburu yang terlatih. Haiwan apa lagi yang boleh digunakan untuk memburu? Harimau? Singa? Anjinglah yang sesuai.

Master pun kata, "kita redha dan patuh, insya-Allah pada masa kemudian (di akhirat) kita boleh bersama mereka (anjing)". Ini mungkin ujian dan hanya Allah S.W.T tahu akan hikmahnya.

Agak-agaknya dia-anjing ni dibuang oleh tuan mereka?

Kasihan la anjing-anjing tu. Dah tu banyak pula anjing berkeliaran, sebab anjing ni kan haiwan yang hidup dalam kawanan. Makin kesian pula tengok mereka selongkar tong sampah. Mesti mereka kelaparan. Tapi Master sesekali takkan bagi mereka makan kerana Master pernah alami satu kisah yang sayu berkaitan dengan anjing buangan ini.

Kisah Master dan Anjing Buangan

Pada suatu masa dahulu, ketika Master masih murid sekolah rendah, datanglah seekor anjing buangan ke rumah Master.

Tok Mak pula merupakan seorang yang penyayang, sukakan haiwan terutamanya kucing. Maka Tok Mak pun bagi la anjing itu makan.

Tapi kawan-kawan mesti sedia maklum kan?. Anjing adalah haiwan yang setia.

Seperti dalam kisah Ashabul Kahfi yang disebut dalam Al-Quran di mana sang anjing itu setia menunggu di pintu gua menjaga keselamatan tuannya hingga akhirnya dia pun mati.

Kalau Tedi la, Tedi tinggalkan jer gua itu, lantakla Master nak hidup ka, mati ka, terbaring ka, tergolek ka, apa Tedi kisah? Baik la Tedi pergi cari makanan, bukannya tak lapar kan?

Begitu jugalah anjing yang Tok Mak beri makan ni. Ia tak mau tinggalkan rumah. Duduk di atas tangga, tak berganjak walau dihalau.

Sampai satu ketika, Master rejam dengan batu, tapi dia masih duduk senyap dengan pandangan sayu. Sampai sekarang bila Master teringat mesti dia sayu, mata dia mesti berair, orang lain tak perasan tapi Tedi perasan. (jangan inform Master yang Tedi citer pasal hal ni).

Itu sekali Master rejam, selepas itu Master akan dukung anjing ini ke tempat lain, berulangkali apabila ia duduk atas tangga. Bukan apa, tangga kan tempat tetamu datang dan rumah Tok Mak itu selalu dikunjungi orang.

Kisah ini tamat apabila si anjing itu menghilangkan diri setelah seminggu Master dan keluarga pulang beraya ke kampung. Master duk harap, kalau lah dia dapat masuk syurga, boleh jumpa anjing tu balik. Tapi yang diketahui cuma anjing Ashabul Kahfi yang masuk syurga.

Bukan kerana Bencikan Anjing

Cukuplah kisah Master dan anjing dan polisi tidak mau beri anjing makan. Bukan kerana benci, tapi kerana sayang, takut terpaksa berkeras menghalau mereka.

Wahai tuan-tuan atau pemilik atau pembela anjing. Kalau dah tak nak bela tu, hantarlah ke tempat yang sesuai. Kasihanilah mereka.

Anjing ini golongan pemburu. Mereka boleh bergerak jauh dalam kumpulan. Banyak kali Tedi jumpa mereka di tepi highway. Jauh tu mereka berjalan, mencari arah dalam kesibukan lalu lintas. Bukan sikit yang Tedi nampak terkorban atas jalan raya.

Sungguh kasihan.

Gambar seekor anjing terbuang di lebuhraya.
Anjing berkeliaran di highway mencari arah tujuan.
dogsdishesanddecor.com

Tapi apa nak kata. Masa orang nak, mereka bela. Masa tak nak, buang macam tu je. Nasib baikla anjing tu tak jadi Incredible Hulk, mengamuk satu rumah. Tak pernah kan?

Kutuk orang Islam bukan main, tuduh orang Islam benci anjing (sebab tak nak sentuh anjing), kamu tu yang tak sayang anjing, habis madu sepah dibuang. Anjing tu dah tua kamu buang.

Itu terkutuk namanya, hipokrit sungguh diri kamu.

Nasib baik master Tedi tak buang Tedi. Kalau master Tedi buat camtu ke atas Tedi, Tedi akan kungfu-pandakan beliau, baru padan muka Master.

~ Filem yang boleh buat Master Tedi menangis ialah filem Lassie terutama kisah kawan Lassie mati dilanggar kereta ketika melintas highway.

Anjing pun ada masalah juga.


20120702