Hari ini bermula pembinaan table top berasaskan konkrit di kediaman baru kami di Bandar Baru Salak Tinggi.

Table top konkrit dipilih kerana ia lebih tahan dan murah, semoga ia tahan menerima hentakan lesung batu semasa penyediaan sambal belacan...

Table top adalah bahagian atas meja untuk kegunaan seharian suri rumahtangga di dapur.

gambar table top konkrit dalam pembinaan

Hari ini juga Master pergi beli rel langsir atau landasan langsir di kedai perkakasan di Taman Seroja. Jenuh jugalah nak sumbat rel langsir yang panjang tu ke dalam kereta Proton SAGA BLM, terjulur keluar dari tempat duduk penumpang depan ke tingkap belakang.

Tak kisahlah asalkan rel langsir tersebut sampai ke destinasi.

gambar rel langsir aluminium dalam kereta Proton SAGA BLM

Hari ini Master mengenakan jersi Newcastle United berwarna oren tajaan Northern Rock dan berjenama PUMA yang dibeli di Stadium Shah Alam.

gambar jersi Newcastle United di Malaysiagambar rumah baru di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Malaysia

Gambar-gambar ini dirakam menggunakan kamera Canon Canon DIGITAL IXUS 80 IS.

20120715