Master bercerita kepada Tedi.
Sikap ibu bapa terhadap guru amat berbeza jika dibandingkan dulu dan sekarang.
"Apa yang bezanya master?"
Dulu ibu bapa ajar anak hormati guru. Jika guru menghukum anak mereka, siaplah pelajar itu jika ibu bapa mereka mengetahuinya, nescaya akan ditambah hukuman.
"Sekarang?"
Sekarang ibu bapa yang biadab dengan guru. Jika guru menghukum anak mereka, sedialah guru itu diserang di sekolah dengan maki hamun, ancaman dan sebagainya. Ada yang menghina guru dengan menyatakan gaji guru dibayar mereka.
"Ermm" - kelu lidah Tedi. Ada juga mak bapak macam tu kan?
20120706
4 Ulasan
Ada guru yang kena merangkak pulak tu
BalasPadamMemang biadab.
Padamitu yg kak heran, dah pandai sangat ibu bapa ni habis tu awat takda ngajar anak home schooling je?
BalasPadamrasanya lebih kepada berasa diri tu lebih hebat berbanding orang lain, atau memandang hina orang lain...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.